Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keyakinan rakyat terhadap PBB perlu terus dipertahankan
  • TEMPATAN

Keyakinan rakyat terhadap PBB perlu terus dipertahankan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berucap di Majlis Makan Malam Simpulan Kasih Wanita PBB Zon 7, bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei, semalam.

SARIKEI: Keyakinan rakyat terhadap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu terus diperkukuh melalui penyampaian perkhidmatan berterusan kepada rakyat bagi memastikan parti itu kekal menjadi tunjang kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kekuatan sesebuah parti bukan hanya bergantung kepada prestasi ketika pilihan raya, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Katanya, jentera Wanita PBB memainkan peranan penting dalam menggerakkan parti serta memastikan hubungan antara parti dan rakyat terus kukuh.

“Jentera Wanita PBB merupakan nadi kepada parti. Peranan mereka bukan hanya ketika musim kempen, tetapi juga sebelum dan selepas pilihan raya.

“Oleh itu, jentera parti perlu sentiasa mengekalkan prestasi serta komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Simpulan Kasih Wanita PBB Zon 7 di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei, semalam.

KETUA Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bersama ketua-ketua Wanita PBB Cawangan Kuala Rajang, Semop, Repok, Meradong, Pakan dan Meluan memotong pulut kuning sebagai simbolik Perasmian Majlis Makan Malam Simpulan Kasih Wanita PBB Zon 7.

Beliau berkata, berdasarkan penilaian politik semasa, kawasan-kawasan di bawah PBB dalam komponen Melayu-Melanau berada dalam keadaan stabil menjelang pilihan raya akan datang.

“Analisis semasa menunjukkan kawasan PBB Melayu-Melanau berada dalam keadaan baik untuk mempertahankan kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Keadaan ini berpunca daripada keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti dan perkhidmatan yang diberikan oleh wakil rakyat selama ini,” katanya.

Fatimah berkata, keyakinan rakyat yang telah dibina perlu dikekalkan kerana PBB merupakan parti tunjang dalam GPS yang memainkan peranan penting dalam kestabilan politik dan pembangunan Sarawak.

Katanya, wakil rakyat perlu kerap turun padang bagi bertemu rakyat dan mendengar sendiri permasalahan mereka tanpa mengira waktu tertentu.

“Kita perlu sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat dan mendengar masalah mereka. Tugas ini bukan terhad kepada waktu tertentu sahaja,” katanya.

Beliau turut berkata, kejayaan parti bergantung kepada gabungan jentera yang kukuh, kepimpinan berkesan dan calon yang berkualiti.

“Gabungan jentera yang kuat, kepimpinan yang mantap dan calon yang berkualiti penting untuk memastikan PBB terus kukuh dalam GPS dan mampu mencapai kejayaan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Fatimah turut menyeru ahli dan jentera Wanita PBB agar terus memperkukuh perpaduan serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam usaha memperkasakan parti dan memastikan kesinambungan agenda pembangunan rakyat.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Biodiversiti Sarawak pemangkin pembangunan ubat tempatan
Next: Kesyukuran Hari Keputeraan Agong peringkat Sarawak berlangsung penuh penghayatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.