Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seorang ditahan positif alkohol dalam Op Mabuk di Kota Samarahan
  • JENAYAH

Seorang ditahan positif alkohol dalam Op Mabuk di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
OPERASI dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di Jalan La Promenade, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 33 tahun ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk.

Operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di Jalan La Promenade, semalam.

Kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Kota Samarahan memaklumkan, sebanyak 67 kenderaan dan 70 individu telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Pemeriksaan menggunakan alat saringan awal alkohol SD2+ ke atas tiga individu mendapati seorang lelaki disahkan positif alkohol, manakala dua lagi individu didapati negatif.

“Alat SD2+ digunakan sebagai peranti saringan awal bagi mengesan kehadiran alkohol dalam badan pemandu dengan cepat sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, dalam operasi sama, polis turut mengeluarkan 25 saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan.

“Operasi seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, meningkatkan tahap pematuhan undang-undang serta mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

“PDRM memandang serius kesalahan memandu dalam keadaan mabuk kerana ia boleh mengancam nyawa pemandu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” jelasnya.

Untuk rekod, operasi tersebut dijalankan dari 11.50 malam pada 12 Jun hingga 4.00 pagi, 13 Jun yang melibatkan seorang pegawai kanan polis, tujuh anggota trafik dan 10 anggota daripada pelbagai cawangan IPD Kota Samarahan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury JPJ
Next: Warga emas rugi hampir RM372,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.