Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua keluarga di Batu Niah terima sumbangan katil pesakit
  • Utara
  • WILAYAH

Dua keluarga di Batu Niah terima sumbangan katil pesakit

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH… Penghulu Pui Kuan Phen bersama ahli jawatankuasa Persatuan Peningkatan Moral Che Yan Khor Batu Niah menyampaikan sumbangan katil pesakit kepada Aduan Merown di kediamannya di Kampung Tanjung Belipat, hari ini.

BATU NIAH: Persatuan Peningkatan Moral Che Yan Khor Batu Niah terus komited dalam usaha kebajikan apabila menyumbangkan dua unit katil pesakit kepada dua keluarga kurang berkemampuan di Kampung Tanjung Belipat.

Pengerusinya, Penghulu Pui Kuan Phen berkata sumbangan tersebut dibuat selepas menerima permohonan daripada keluarga pesakit yang memerlukan bantuan peralatan penjagaan kesihatan di rumah.

Menurut beliau, jawatankuasa kebajikan persatuan telah membuat penelitian dan memahami keadaan sebenar keluarga terbabit sebelum meluluskan bantuan berkenaan.

“Persatuan telah bermurah hati menyumbangkan dua unit katil pesakit bagi membantu meringankan beban keluarga yang menjaga ahli keluarga mereka yang uzur dan memerlukan penjagaan rapi.

“Sumbangan pertama disampaikan pada 9 Jun lalu kepada mendiang Linggi Yap. Namun, kami dimaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia semalam.

“Sumbangan kedua pula disampaikan hari ini kepada Aduan Merown yang sedang menjalani rawatan akibat strok,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat memberi keselesaan kepada pesakit serta memudahkan urusan penjagaan harian oleh ahli keluarga.

Dalam pada itu, Persatuan Che Yan Khor Batu Niah menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Katanya, usaha berterusan itu selaras dengan semangat kemanusiaan, kebajikan dan perpaduan yang menjadi teras perjuangan persatuan berkenaan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpaduan kunci tarik lebih banyak pembangunan ke Ngemah 
Next: Pemuda PBB Cawangan Bukit Sari Lawas santuni pesakit di wad Hospital Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.