Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 608 penduduk terjejas banjir di Long Bemang
  • Utara
  • WILAYAH

608 penduduk terjejas banjir di Long Bemang

Utusan Sarawak 12 hours ago
BANJIR… Keadaan banjir di Kampung Long Bemang yang menjejaskan 103 rumah dan 608 penduduk selepas hujan berterusan sejak petang semalam. 

MIRI: Seramai 608 penduduk membabitkan 103 rumah di Kampung Long Bemang, Baram terjejas akibat banjir yang melanda kawasan itu sejak petang semalam.

Menurut laporan Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang, banjir bermula sekitar 3.45 petang pada Jumaat berikutan hujan berterusan serta kedudukan rumah penduduk yang berhampiran aliran sungai.

Setakat 6.44 pagi ini, paras air direkodkan pada ketinggian 2.2 kaki dengan trend menunjukkan peningkatan, manakala keadaan cuaca dilaporkan mendung.

BANJIR… Keadaan banjir di Kampung Long Bemang yang menjejaskan 103 rumah dan 608 penduduk selepas hujan berterusan sejak petang semalam. 

Walaupun ratusan penduduk terjejas, tiada perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan setakat ini.

Penduduk yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan memantau keadaan semasa memandangkan paras air masih meningkat Pihak berkaitan terus memantau perkembangan banjir bagi memastikan keselamatan penduduk terpelihara sekiranya keadaan bertambah buruk.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak dijangka rasmi Masjid Kampung Tebaang pada 17 Julai depan
Next: Kes Tebingan Tambirat mungkin dibawa ke mahkamah, spesifikasi projek dinilai semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.