Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Batu 14, Puncak Borneo
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Batu 14, Puncak Borneo

Utusan Sarawak 11 hours ago
MANGSA kemalangan terbunuh di Puncak Borneo.

PADAWAN: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Batu 14, Puncak Borneo, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata kejadian berlaku kira kira 7.05 pagi hari ini.

Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan yang melibatkan mangsa yang menunggang motosikal di jalan berkenaan ketika kejadian berlaku.

“Mangsa, seorang lelaki berusia 34 tahun, disahkan meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Kes sedang disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita terperangkap 30 minit dalam lif kondominium di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.