Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia bakal pecah rekod kehadiran penonton – FIFA
  • SUKAN

Piala Dunia bakal pecah rekod kehadiran penonton – FIFA

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMINAT memberikan reaksi ketika menyaksikan perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan pada hari pembukaan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 semasa Festival Peminat FIFA di Stadium Memorial LA, Los Angeles pada 11 Jun 2026. Foto AFP

MEXICO CITY: Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico berada di landasan untuk memecahkan rekod kehadiran penonton, menurut badan induk bola sepak dunia itu pada Khamis.

Azteca di Mexico City, yang menjadi venue perlawanan pembukaan kejohanan antara Mexico dan Afrika Selatan pada Khamis, merupakan stadium terbesar daripada 16 venue kejohanan dengan kapasiti 80,824 penonton.

Ia diikuti Stadium New York New Jersey (80,663), Stadium Dallas (70,649) dan Stadium Los Angeles (70,492).

“Susulan permintaan global yang belum pernah berlaku sebelum ini, rekod kumulatif kehadiran penonton sebanyak 3.5 juta yang dicatatkan pada Piala Dunia FIFA 1994 kini berada di landasan kukuh untuk diatasi,” menurut FIFA dalam satu kenyataan.

Edisi tahun ini akan menampilkan 48 pasukan buat kali pertama dan melibatkan 104 perlawanan.

Menurut FIFA, lebih enam juta tiket telah pun terjual, manakala enam bilion penonton di seluruh dunia dijangka menyaksikan kejohanan itu menerusi televisyen.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pulisic ‘bersedia berjuang’ hadapi Paraguay dalam aksi pembukaan Piala Dunia AS
Next: Peminat alami serangan jantung di Stadium Azteca sebelum pembukaan Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.