Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Presiden FIFA pertahan harga tiket Piala Dunia
  • SUKAN

Presiden FIFA pertahan harga tiket Piala Dunia

Utusan Sarawak 10 hours ago
PRESIDEN FIFA Gianni Infantino mempertahankan harga tiket Piala Dunia 2026 dengan menegaskan permintaan luar biasa yang mencecah lebih enam juta tiket serta hasil kejohanan itu akan disalurkan semula untuk pembangunan bola sepak di seluruh dunia. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden FIFA Gianni Infantino berkata pada Rabu, permintaan untuk tiket Piala Dunia FIFA 2026 telah mencapai tahap “belum pernah berlaku sebelum ini” sambil mempertahankan harga tiket daripada kritikan bahawa harga terlalu tinggi untuk sesetengah peminat, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami menjual hingga hari ini lebih enam juta tiket,” kata Infantino pada sidang akhbar di Mexico City. “Permintaan sebegitu tidak pernah berlaku sebelum ini… Jumlah permintaan tiket yang kami terima benar-benar luar biasa.”

Menjelang Piala Dunia FIFA 2026 yang akan bermula di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, lonjakan besar dalam harga tiket berbanding 2022 telah mengundang kritikan, membebankan kewangan peminat dan kemungkinan menyebabkan ramai yang tidak dapat ke stadium.

Infantino berkata pertubuhan itu baru-baru ini mengeluarkan 130,000 tiket tambahan, dengan harga bermula pada AS$60, satu angka yang menurutnya lebih baik berbanding acara sukan utama di Amerika Utara. “Harga permulaan ialah AS$60,” kata Infantino. “Itulah keadaan pasaran.”

Menangani kritikan mengenai kos tiket, Infantino berkata menjual tiket pada harga yang lebih rendah akan mendorong aktiviti penjualan semula dan mendorong harga lebih tinggi di pasaran sekunder.

“Sekiranya anda menjualnya pada kadar harga yang lebih rendah, mereka akan pergi – iaitu aktiviti yang benar-benar sah di negara ini – ke pasaran sekunder pada harga yang jauh lebih tinggi,” katanya.

“Ke mana wang itu akan pergi? Kepada mereka yang menganjurkan aktiviti pasaran sekunder atau pasaran gelap dan bukan kepada bola sepak.”

Infantino berkata model harga FIFA direka untuk memastikan hasil yang dijana oleh Piala Dunia dilaburkan semula dalam sukan itu di seluruh dunia.

“Setiap dolar yang masuk kembali kepada pembangunan bola sepak,” katanya. “Kami mempunyai satu pertandingan setiap empat tahun yang menjana pendapatan.”

Presiden FIFA juga menyifatkan menghadiri Piala Dunia sebagai peluang unik untuk penyokong, dengan menyatakan bahawa harga mencerminkan keadaan pasaran tempatan dan skala acara itu.

“Ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup,” kata Infantino. “Apabila anda berada di sesebuah negara, apabila anda berada di bahagian lain dunia, anda perlu, sudah tentu, beradaptasi dengan amalan tempatan dan kebiasaan tempatan.”- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Tang Jie perlu kental, ‘cipta semula’ kekuatan luar biasa – Peng Soon
Next: Pasukan mana bakal gegar Piala Dunia 2026?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.