Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Bau keluarkan 12 saman dalam Ops Perdagangan
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Bau keluarkan 12 saman dalam Ops Perdagangan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEBUAH lori diperiksa dalam Ops Perdagangan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini.

BAU: Polis mengeluarkan 12 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Perdagangan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata operasi tersebut dijalankan dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Jalan Bau-Kuching, Jalan Bau-Lundu, Jalan Siniawan, Pekan Bau dan Pekan Siniawan.

Sebanyak 25 kenderaan dan 30 individu diperiksa sepanjang operasi tersebut. Kenderaan yang diperiksa terdiri daripada lima motosikal, tiga motokar, tujuh kenderaan pacuan empat roda dan pikap, serta 10 lori.

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan dalam Ops Perdagangan.

“Operasi ini menghasilkan 12 saman di bawah Borang PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kesalahan yang dikesan ialah menggunakan tayar botak pada sebuah lori, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu tanpa lesen yang sah, pengubahsuaian ekzos, penggunaan tayar botak pada motokar, nombor pendaftaran yang kabur, kotor atau menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’, serta lampu brek ketiga yang tidak berfungsi pada sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menurut Mohd Haide, tiada tangkapan, rampasan atau sitaan dilakukan sepanjang operasi tersebut.

Beliau turut berkata cuaca berada dalam keadaan baik sepanjang operasi dijalankan dan penugasan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal merancakkan ekonomi setempat
Next: Usaha berterusan salur pampasan kepada penduduk terjejas lonjakan elektrik Sin San Tu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.