Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Aina Abdul, Masterpiece tarikan utama konsert rakyat di Betong
  • HIBURAN

Aina Abdul, Masterpiece tarikan utama konsert rakyat di Betong

Utusan Sarawak 16 hours ago
AINA Abdul dan Masterpiece dijangka menjadi tarikan utama Konsert Rakyat yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong pada 14 Jun ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak 2026.

BETONG: Kehadiran penyanyi popular tanah air, Aina Abdul, bersama kumpulan rock terkenal Sarawak, Masterpiece, dijangka menjadi tarikan utama Konsert Rakyat di sini.

Konsert rakyat tersebut dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak 2026 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Konsert tersebut yang dijadual berlangsung pada 14 Jun 2026 bermula jam 8.30 malam merupakan antara acara kemuncak sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak.

Selain Aina Abdul dan Masterpiece, konsert tersebut turut menampilkan beberapa artis tempatan yang lain termasuk Stanley, Ramles Walter, Mawat, Carrie Gares dan Chien.

Penganjuran konsert berkenaan dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung dari Betong serta kawasan sekitarnya yang ingin menyaksikan persembahan artis-artis tempatan dan nasional dalam satu pentas.

Program itu turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum melalui hiburan dan penghayatan semangat perpaduan sempena sambutan rasmi berkenaan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan konsert yang berlangsung secara percuma dan bersama-sama meraikan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak Tahun 2026.

Continue Reading

Previous: PM Korea Selatan gesa langkah kawalan kumpulan ramai menjelang konsert BTS di Busan
Next: Rock dan Blues kembali gegar Bau, BOTB REDEEMS sasar 20 kumpulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.