Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Turkiye teruskan persiapan Piala Dunia di Arizona
  • SUKAN

Turkiye teruskan persiapan Piala Dunia di Arizona

Utusan Sarawak 6 hours ago
TURKIYE manfaatkan kem latihan di Arizona bagi menghadapi cabaran Piala Dunia FIFA 2026.. Foto AGENSI

WASHINGTON: Pasukan bola sepak kebangsaan Turkiye meneruskan persiapan bagi Piala Dunia FIFA 2026 menerusi sesi latihan pada Selasa di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan bahawa tidak seperti sesi latihan pembukaan pada Isnin, latihan pada Selasa diadakan tanpa kehadiran penyokong.

Ratusan penyokong Turkiye hadir pada Isnin bagi menyaksikan sesi latihan terbuka kepada umum di Arizona Athletic Grounds di Mesa, Arizona, sambil memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan yang sedang membuat persiapan akhir menjelang kejohanan itu.

Skuad Turkiye menjadikan Mesa sebagai kem pangkalan Piala Dunia mereka, sekali gus menjadi satu-satunya pasukan dalam Kumpulan D yang memilih Arizona sebagai ibu pejabat kejohanan.

Turkiye akan memulakan saingan Kumpulan D menentang Australia pada 13 Jun di Stadium BC Place di Vancouver, Kanada, pada pukul 9 malam waktu tempatan (0400 GMT, 14 Jun).

Pasukan dikenali sebagai Crescent-Stars itu juga dijadual menentang Paraguay pada 19 Jun sebelum berdepan negara tuan rumah bersama, AS, pada 25 Jun.

Dianjur bersama oleh AS, Mexico dan Kanada, Piala Dunia FIFA 2026 bermula pada 11 Jun dan menampilkan 48 negara yang akan bersaing hingga 19 Julai. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Messi jaring gol, Argentina tewaskan Iceland dalam pemanas badan Piala Dunia
Next: Sekolah ditutup, kerja dari rumah sempena aksi pembukaan Piala Dunia di Mexico City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.