Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar diberi sambutan rasmi di Pejabat Takaichi
  • SEMASA

PM Anwar diberi sambutan rasmi di Pejabat Takaichi

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, sebelum mengadakan pertemuan di pejabat beliau di Tokyo pada 10 Jun 2026. Foto AFP

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberikan majlis sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun di sini, bersempena dengan lawatan rasmi pertama beliau ke negara matahari terbit itu.

Sejurus tiba, Anwar disambut rakan sejawatnya Sanae Takaichi dan diberikan kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.

Anwar kemudiannya diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet Jepun dan para pegawai kanan kerajaan, sebelum Perdana Menteri memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Takaichi.

Selepas majlis tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan perkara kepentingan bersama dan kerjasama serantau.

Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada November 2022, walaupun sebelum ini beliau telah melakukan dua lawatan kerja pada 2023 dan 2024. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sokongan Jepun penting untuk Malaysia terokai teknologi termaju – PM Anwar
Next: Negara perlu lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.