Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury JPJ Kuching
  • JENAYAH

Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury JPJ Kuching

Utusan Sarawak 9 hours ago
KERETA mewah dengan cukai jalan dan insurans yang telah tamat tempoh. 

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menyita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury yang dilaksanakan di sekitar bandar raya Kuching semalam.

Dalam satu kenyataan, JPJ Sarawak memaklumkan bahawa Unit Operasi JPJ Kuching telah menjalankan rondaan penguatkuasaan di beberapa lokasi sebelum mengadakan pemeriksaan statik di Jalan Sherip Masahor.

Semasa operasi tersebut, sebuah Toyota Alphard dan sebuah Mercedes GLC 200 telah ditahan untuk pemeriksaan. Hasil semakan lanjut mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans bagi kedua dua kenderaan itu telah tamat tempoh.

Susulan itu, tindakan sitaan telah diambil terhadap kedua dua kenderaan berkenaan mengikut peruntukan undang undang yang berkuat kuasa.

PEGAWAI JPJ sedang memeriksa kenderaan dalam Ops Luxury.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa kenderaan mewah dan bernilai tinggi tidak terkecuali daripada pematuhan undang undang jalan raya. 

Menurutnya, status, jenama atau harga sesebuah kenderaan tidak mengatasi tanggungjawab pemilik untuk memastikan semua dokumen berkaitan sentiasa sah dan diperbaharui mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pemilik kenderaan diingatkan supaya sentiasa menyemak status Lesen Kenderaan Motor dan perlindungan insurans masing masing sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.

Menurut JPJ Sarawak, kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menyalahi undang undang malah boleh menjejaskan perlindungan dan keselamatan sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

JPJ Sarawak turut menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan tahap pematuhan undang undang jalan raya sentiasa dipelihara demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Teruja mahu tonton BTS, wanita lesap RM1,388 ditipu di Facebook
Next: Padah bawa syabu, dua lelaki ditahan polis di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.