Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Teruja mahu tonton BTS, wanita lesap RM1,388 ditipu di Facebook
  • JENAYAH

Teruja mahu tonton BTS, wanita lesap RM1,388 ditipu di Facebook

Utusan Sarawak 12 hours ago
KETUA Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman.

BAU: Seorang wanita berusia 39 tahun kerugian RM1,388 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian tiket konsert secara dalam talian yang diiklankan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata mangsa membuat laporan polis pada 9 Jun selepas menyedari dirinya ditipu ketika cuba membeli tiket konsert BTS World Tour yang dijadual berlangsung pada Disember 2026.

Beliau berkata mangsa tertarik dengan satu iklan menggunakan nama ‘Gold Tix’ di Facebook pada 3 Jun yang menawarkan tiket konsert pada harga RM1,388.

“Selepas menekan pautan iklan tersebut, mangsa disambungkan ke nombor WhatsApp dan berurusan dengan seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Putri Nur Gita. Setelah bersetuju membeli satu tiket konsert, mangsa diarahkan membuat pembayaran ke akaun Touch ‘n Go yang diberikan,” katanya.

Menurut Mohd Haide, mangsa membuat pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM1,388 ke akaun tersebut pada kira-kira 11.47 malam, 3 Jun.

“Selepas pembayaran dibuat, mangsa diminta membeli dua lagi tiket konsert. Namun mangsa menolak kerana hanya memerlukan satu tiket untuk dirinya sendiri. Tidak lama kemudian, nombor telefon mangsa telah disekat oleh suspek,” katanya.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sebelum tampil membuat laporan polis.

Hasil siasatan awal mendapati wang yang digunakan untuk transaksi itu adalah daripada simpanan peribadi mangsa.

Semakan polis juga mendapati akaun Touch ‘n Go yang digunakan tidak mempunyai rekod terdahulu, namun nombor telefon yang digunakan suspek dikaitkan dengan beberapa laporan polis di daerah lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Haide menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati hati ketika membeli tiket secara dalam talian serta membuat semakan terhadap kesahihan penjual sebelum melakukan sebarang pembayaran.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki disyaki terlibat samun berkumpulan bersenjata
Next: Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury JPJ Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.