KUCHING, 27 Oktober: Samalaju merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada paras 152 setakat 9.00 pagi ini.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), sebahagian besar kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan Ipu sederhana, manakala Bario merekodkan kualiti udara baik dengan bacaan 33.
Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Bintulu (94), Belaga (92), Serian (90), Sibu (87), Sri Aman (83), Samarahan (82), Kanowit (82), Tebedu (80), Lubok Antu (80), Kuching (79), Sarikei (79), Mukah (74), Kapit (71), Lundu (71), Miri (63), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (57), Limbang (51) dan Lawas (51).
Sementara itu, Betong merekodkan bacaan Ipu 98 berdasarkan pemantauan menggunakan kaedah Pemantauan Kualiti Udara Bergerak Berterusan (MCAQM).
Berdasarkan pengelasan Ipu yang dipaparkan, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 tidak sihat.
Sehubungan itu, orang ramai, khususnya di kawasan Samalaju, disaran supaya peka terhadap perkembangan kualiti udara dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak di luar sekiranya keadaan udara menjejaskan kesihatan.
Ipu dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar.
Oleh Shikin Mahmud



