Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Korea Selatan hantar utusan khas ke Mexico sokong pasukan Piala Dunia
  • SUKAN

Korea Selatan hantar utusan khas ke Mexico sokong pasukan Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN Korea Selatan menjalani sesi latihan di pusat latihan Verde Valle di Zapopan, negeri Jalisco, Mexico, pada 8 Jun 2026, menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2026. Foto AFP

SEOUL: Korea Selatan akan menghantar dua anggota Parlimen daripada parti pemerintah sebagai utusan khas ke Mexico menjelang Piala Dunia FIFA yang akan bermula minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lee Jae-jung dan Kim Nam-hee daripada Parti Demokratik yang memerintah dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mexico Claudia Sheinbaum semasa lawatan itu, menurut jurucakap presiden Kang Yu-jung dalam taklimat bertulis.

Kang berkata utusan berkenaan akan menyampaikan surat daripada Presiden Lee Jae Myung yang mengucapkan tahniah kepada Mexico kerana menjadi negara pertama di dunia yang menjadi tuan rumah Piala Dunia buat kali ketiga, selain menyatakan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Menurut beliau, mereka juga akan menghadiri perlawanan antara Korea Selatan dan Mexico di Guadalajara pada Khamis depan bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan Korea Selatan.

Selain itu, utusan Korea Selatan akan mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen Mexico untuk menerangkan dasar luar kerajaan serta membincangkan usaha memperdalam kerjasama dua hala.

Piala Dunia FIFA yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico dijadual berlangsung dari Khamis hingga 19 Julai.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: Pasukan Jepun berlatih di depan 5,000 peminat di Nashville
Next: Sepanyol tewaskan Peru 3-1, tingkat keyakinan menjelang Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.