Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembangunan beri manfaat kepada komuniti luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pembangunan beri manfaat kepada komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO’ Sri Huang Tiong Sii meninjau keadaan di jalan yang perlu di naik taraf. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Penduduk rumah panjang di Daerah Meradong bakal menikmati kemudahan yang lebih baik apabila beberapa projek pembangunan diluluskan hasil lawatan kerja Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii pada semalam.

Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada isu kemudahan asas yang masih dihadapi sebahagian penduduk, khususnya berkaitan keadaan jalan raya dan bekalan elektrik di beberapa rumah panjang sekitar daerah ini.

Katanya, pendekatan turun padang membolehkan beliau melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan selain mendengar secara langsung pandangan, cadangan dan keperluan yang disuarakan oleh penduduk.

Antara projek yang telah diluluskan ialah pembinaan tapak letak kereta di Rumah Lingang Saow bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan penduduk setempat.

Selain itu, beliau turut meluluskan projek menaik taraf jalan di Rumah Junis Juli selepas meninjau sendiri keadaan jalan yang digunakan oleh penduduk setiap hari.

DATO’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

Selain isu jalan raya, masalah bekalan elektrik turut menjadi antara fokus utama Tiong Sii sepanjang lawatan tersebut.

Bagi rumah panjang yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan elektrik yang stabil, beliau telah meluluskan cadangan pemasangan panel solar sebagai langkah penyelesaian yang praktikal dan mampan.

“Bekalan elektrik adalah keperluan asas setiap keluarga.

“Bagi rumah panjang yang sukar mendapat akses kepada bekalan elektrik konvensional, panel solar adalah alternatif terbaik yang perlu kita terokai dan laksanakan,” katanya ketika ditemui media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, infrastruktur jalan yang baik serta bekalan elektrik yang mencukupi merupakan antara faktor penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Tambahnya, kedua-dua aspek tersebut akan terus diberi perhatian dan ditangani secara berperingkat agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih baik.

“Saya sentiasa mahu turun padang untuk melihat sendiri keadaan rakyat dan mendengar apa yang mereka perlukan.

“Dengan cara ini, kita dapat memastikan bantuan dan projek yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada penduduk,” katanya lagi.

Tegasnya, tidak kira sama ada tinggal di bandar atau di rumah panjang, semua rakyat berhak mendapat kemudahan yang baik.

“Saya akan terus berusaha membawa pembangunan dan membantu menyelesaikan keperluan rakyat secara berperingkat,” katanya.

Antara lokasi yang dikunjungi dalam siri lawatan tersebut ialah Mador Ili, Sungai Tulai, Sungai Kelupu, Sungai Kawi, Sungai Kijang, Batu 5 Jalan KJD dan Batu 6 Jalan KJD.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk meneruskan lawatan ke kawasan luar bandar dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap keperluan rakyat dapat dikenal pasti dan diberikan perhatian sewajarnya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Dua remaja hilang ditemui selamat di bandar Mukah
Next: Pendekatan mesra rakyat perkukuh hubungan pemimpin dan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.