Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 15 lelaki didakwa terbabit sabung ayam
  • JENAYAH

15 lelaki didakwa terbabit sabung ayam

Utusan Sarawak 6 hours ago
DISERBU…Lokasi dijadikan tempat aktiviti sabung ayam diserbu polis.

MIRI: Aktiviti sabung ayam yang dipercayai dijalankan secara rahsia di sebuah pondok berhampiran persisiran pantai Pulau Melayu di sini terbongkar apabila 15 lelaki tempatan ditahan dalam serbuan polis pada Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira 3.30 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berjaya menahan kesemua suspek berusia antara 28 hingga 74 tahun.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti sabung ayam selain beberapa ekor ayam hidup dan mati di lokasi kejadian.

DIRAMPAS…Beberapa ekor ayam sabung hidup dirampas untuk dijadikan barang kes.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kesemua suspek mengaku berada di lokasi tersebut bagi tujuan menyertai aktiviti sabung ayam.

“Berdasarkan keterangan dan barang bukti yang diperoleh, kesemua suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Miri pada 5 Jun lalu di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Polis Daerah Miri ,semalam.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 Mahkamah menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM600 setiap seorang dengan seorang penjamin warganegara tempatan.

Mohd Farhan berkata, pihak polis memandang serius sebarang aktiviti perjudian haram termasuk sabung ayam kerana ia melibatkan unsur perjudian serta penganiayaan terhadap haiwan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan berkenaan diminta menyalurkannya kepada IPD Miri di talian 085-432533 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga tangkapan dilakukan atas kesalahan kes penyalahgunaan dadah
Next: Polis kesan lelaki bantu siasatan kes tetak di Kampung Sinampuan, Sundar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.