Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita dakwa diugut sindiket pinjaman wang tanpa lesen
  • JENAYAH

Wanita dakwa diugut sindiket pinjaman wang tanpa lesen

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

BAU: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes melibatkan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen selepas seorang wanita berusia 26 tahun mendakwa menerima ugutan berkaitan pinjaman yang diperolehnya melalui aplikasi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, mangsa membuat laporan polis pada 8 Jun selepas menerima ugutan berulang kali daripada individu yang mengaku sebagai ejen pinjaman.

Menurut laporan, mangsa berminat untuk membuat pinjaman menerusi aplikasi dikenali sebagai ‘Senang Loan’yang dimuat turun melalui Google Play Store ketika berada di Kampung Sibuluh, Bau pada 2023.

“Mangsa berurusan dengan seorang individu yang mengaku sebagai ‘Mark’ melalui WhatsApp dan bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM500 dengan bayaran balik RM550 setiap 30 hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Haide berkata, mangsa telah membuat bayaran balik pinjaman dari 2023 hingga April 2026 ke beberapa akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Bayaran terakhir dibuat pada 29 April 2026 berjumlah RM2,090 ke akaun BSN atas nama Azman Awang,” katanya.

Bagaimanapun, selepas mangsa berhenti membuat bayaran pada Mei 2026, dia didakwa dihubungi oleh seorang lagi individu yang mengaku sebagai ‘Sean’ yang menuntut bayaran tambahan RM2,000 serta mengugut untuk menyebarkan gambar mangsa di media sosial dan membakar rumahnya jika gagal membuat pembayaran.

Mangsa turut menerima mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang menuntut hutang serta mengugut untuk menyimbah cat dan membakar rumahnya.

Bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarganya, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Haide berkata, jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan kerana mangsa belum menyerahkan sepenuhnya bukti semua pembayaran yang telah dibuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Beliau turut memaklumkan bahawa mangsa telah mengetahui peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan menghubungi talian 997 pada 8 Jun bagi membuat aduan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan selepas positif dadah di Bau
Next: Tiga tangkapan dilakukan atas kesalahan kes penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.