Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran ladang sawit Skim C Kampung Kupang, padam sepenuhnya selepas dua hari operasi
  • KEBAKARAN

Kebakaran ladang sawit Skim C Kampung Kupang, padam sepenuhnya selepas dua hari operasi

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEBAKARAN yang melibatkan kawasan ladang sawit di Skim C, Kampung Kupang dekat Saratok berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas operasi pemadaman dijalankan selama dua hari. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Kebakaran melibatkan sebuah ladang kelapa sawit di Skim C, Kampung Kupang, di sini berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas operasi pemadaman berterusan memasuki hari kedua hari ini. 

Insiden yang memusnahkan kawasan seluas kira-kira dua ekar tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan mangsa.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu semalam sekitar 11.05 pagi. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi yang terletak sejauh 55 kilometer dari balai dan tiba di tempat kejadian pada 5.54 petang hari yang sama.

​Operasi memadam kebakaran yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Muhammad Hafiz Adris, diteruskan pada hari kedua, hari ini dengan memfokuskan kepada usaha memadamkan sisa kebakaran belukar di kawasan ladang berkenaan. 

Pasukan penyelamat menggunakan pam angkut dan membentang satu aliran hos sepanjang 500 kaki dengan memanfaatkan sumber air terbuka bagi memastikan api terpadam sepenuhnya.

​Seramai lima anggota bomba bersama sebuah jentera utiliti Toyota Hilux terlibat dalam operasi ini. 

Usaha memadamkan kebakaran tersebut turut dibantu oleh lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 penduduk kampung yang bergotong-royong di lokasi kejadian.

​Operasi tersebut ditamatkan secara rasmi pada 12.10 tengah hari selepas pihak bomba memastikan tiada lagi punca api atau risiko kebakaran berulang di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kayu dua tingkat musnah dalam kebakaran di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.