Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Ngabang erat hubungan pemimpin dan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Ngabang erat hubungan pemimpin dan masyarakat

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Program Ngabang sempena sambutan Hari Gawai Dayak terus menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, ia juga memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pandangan, keperluan serta harapan mereka secara langsung.

“Program Ngabang ini adalah peluang untuk saya mendekati rakyat di peringkat akar umbi, memahami isu dan keperluan komuniti setempat dengan lebih dekat.

“Saya sangat gembira kerana dapat merasai sambutan mesra oleh penduduk setempat dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat perpaduan yang menjadi identiti sambutan Hari Gawai Dayak di Sarawak,” katanya.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke beberapa rumah panjang di sini sempena sambutan Hari Gawai Dayak, baru-baru ini.

Antara rumah panjang yang dikunjungi ialah Rumah (Rh) Austin Chali, Rh Mawas Timbu, Rh Setia Ungok dan Rh Keli Angai.

“Program ini juga membolehkan saya mendengar sendiri pandangan, keperluan dan harapan rakyat, di samping memperkukuhkan hubungan yang telah lama terjalin antara pemimpin dan masyarakat.

“Saya amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat selama ini.

“Sokongan tersebut menjadi pemangkin untuk saya terus bekerja keras demi kesejahteraan dan kemajuan masyarakat di Sarikei dan Meradong,” katanya.

Tambahnya, pendekatan turun padang secara berterusan amat penting bagi memastikan setiap isu dan keperluan rakyat dapat dikenal pasti serta diberi perhatian sewajarnya.

Dalam pada itu, katanya, kestabilan politik dan hubungan erat antara rakyat dengan kerajaan merupakan faktor penting dalam memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

“Oleh itu, saya berharap semua rakyat terus menghargai serta memelihara keharmonian yang dinikmati hari ini, selain bersama-sama memainkan peranan dalam membangunkan Sarawak agar terus maju, makmur dan sejahtera demi generasi akan datang,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngabang Gawai wadah kenal pasti keperluan pembangunan luar bandar
Next: Ngabang Gawai kukuhkan perpaduan, SUPP Lingga santuni komuniti Kampung Putat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.