Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Randau Komuniti penting sampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat – Dr Safiee
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Randau Komuniti penting sampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat – Dr Safiee

Utusan Sarawak 8 hours ago
DR SAFIEE...Bersalaman dengan penduduk setempat ketika menghadiri Program Randau Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Mukah serta Majlis Ngiling Bidai Rumah Panjang Nangar Kecil, Daro yang berlangsung di Rh Jaul Jinggong, Nangar Kecil, Daro petang semalam.

DARO: Program Randau Komuniti yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) merupakan platform penting dalam memastikan maklumat kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, program tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap dasar dan agenda pembangunan negeri, malah menjadi medium berkesan bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.

“Saya merakamkan penghargaan kepada UKAS yang selama ini memainkan peranan penting sebagai saluran komunikasi kerajaan dalam menyampaikan maklumat, dasar serta pelbagai inisiatif Kerajaan Sarawak kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Randau Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Mukah serta Majlis Ngiling Bidai Rumah Panjang Nangar Kecil, Daro yang berlangsung di Rumah (Rh) Jaul Jinggong, Nangar Kecil, Daro petang semalam.

Dr Safiee berkata, pendekatan turun padang menerusi program seumpama itu perlu diteruskan dan diperkasakan kerana ia bukan sahaja menjadi medan penyampaian maklumat, malah mewujudkan ruang interaksi dua hala yang membolehkan rakyat menyuarakan pandangan serta mendapatkan penjelasan secara langsung.

Beliau menggesa UKAS supaya memperbanyakkan pelaksanaan Program Randau Komuniti dan memperluaskan penganjurannya ke peringkat daerah, bukan hanya tertumpu di peringkat bahagian.

DR. SAFIEE.…Ketika berucap pada Program Randau Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Mukah serta Majlis Ngiling Bidai Rumah Panjang Nangar Kecil, Daro di Rh Jaul Jinggong, Nangar Kecil, Daro petang semalam.

“Langkah tersebut penting bagi memastikan lebih ramai masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar, mendapat akses kepada maklumat yang tepat, sahih dan terkini berkaitan dasar serta program pembangunan kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya, UKAS memikul tanggungjawab besar dalam memastikan rakyat sentiasa mendapat maklumat yang jelas mengenai dasar kerajaan dan memahami pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Sarawak.

“Program tersebut turut memperlihatkan semangat kerjasama erat antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat dalam menjayakan agenda pembangunan serta memperkukuh penyampaian maklumat kepada komuniti,” kata beliau.

Pada majlis yang sama, Dr. Safiee turut menyempurnakan penyerahan surat pemakluman Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 bagi Projek Naik Taraf Gereja Borneo Evangelical Mission (SIB) Nangar Kecil yang melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM19,000 kepada empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Nangar Kecil, Daro sebagai sokongan kepada usaha memperkukuhkan pembangunan masyarakat serta menggalakkan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro, Zul Usup.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SMK Saribas juara keseluruhan perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2026
Next: Ngabang Gawai wadah kenal pasti keperluan pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.