Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lubok Antu santuni keluarga anggota, hulur bantuan kebajikan kepada waris
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Lubok Antu santuni keluarga anggota, hulur bantuan kebajikan kepada waris

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAWATAN kebajikan ke Kampung Panggil, Klauh bagi menziarahi keluarga mendiang Tibin Musa, bapa kepada seorang pegawai awam yang bertugas di Bahagian Pengurusan IPD Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Pubok Antu

​LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu terus memperlihatkan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan warganya menerusi satu lawatan kebajikan yang diadakan di Kampung Panggil, Klauh, dekat sini semalam.

​Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, lawatan tersebut bertujuan untuk menziarahi keluarga mendiang Tibin Musa, yang merupakan bapa kandung kepada seorang Pegawai Awam yang bertugas di Bahagian Pengurusan IPD Lubok Antu.

​Lawatan tersebut telah diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Inspektor Muhammad Asyraf Azmi selaku Pegawai Kebajikan Bertugas yang mewakili Ketua Polis Daerah Lubok Antu.

​Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Inspektor Jefferson Junit Sebastian, Sarjan Mejar Nur Erdina Marini @ Dorothy Bernard Betti dan Sarjan Joseph A’en.

LAWATAN kebajikan ke Kampung Panggil, Klauh bagi menziarahi keluarga mendiang Tibin Musa, bapa kepada seorang pegawai awam yang bertugas di Bahagian Pengurusan IPD Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Pubok Antu

​”Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyampaikan ucapan takziah, memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga yang ditinggalkan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga IPD Lubok Antu dengan keluarga mendiang,” kata kenyataan itu.

​​Bagi meringankan bebanan yang ditanggung, Inspektor Muhammad Asyraf telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada seluruh warga IPD Lubok Antu kepada waris mendiang sebagai tanda keprihatinan pihak polis terhadap kebajikan ahli keluarga kakitangan mereka.

​Selain itu, sumbangan tambahan daripada Bahagian Pengurusan Daerah turut disampaikan oleh Inspektor Jefferson Junit Sebastian sebagai tanda simpati dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang berhadapan dengan ujian kehilangan insan tersayang.

​Program seumpama ini jelas membuktikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengabaikan kebajikan warga pasukannya, sama ada pegawai, anggota mahupun pegawai awam.

​Langkah proaktif ini bukan sahaja mampu memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam organisasi, malah menjadi bukti utuhnya hubungan institusi kepolisan dengan keluarga warganya di kala waktu sukar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mengelupis kekal nadi budaya Kedayan
Next: Lee Kim Shin dekati rakyat, tinjau kemudahan awam di Senadin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.