Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua mangsa selamat dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Dua mangsa selamat dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA mangsa kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo kawasan Jakar, Bayong selamat.

SARIKEI: Seorang wanita warga emas cedera ringan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo kawasan Jakar, Bayong, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 12.01 tengah hari.

Katanya, komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Tamizi Abdul Karim bersama tujuh anggota telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan bantuan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbalik di tengah jalan.

“Dua mangsa yang berada dalam kereta tersebut telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, seorang remaja lelaki berumur 18 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat.

“Seorang lagi mangsa iaitu wanita warga emas berusia lingkungan 60 tahun mengadu mengalami kesakitan pada bahagian pinggang dan telah dihantar ke hospital menggunakan jentera bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Selain membantu mangsa, anggota bomba turut menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak di atas jalan raya yang berpunca daripada kemalangan tersebut bagi mengelakkan risiko kemalangan susulan kepada pengguna jalan raya lain.

Operasi selesai sepenuhnya pada 1.10 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut, pemandu Lexus positif dadah
Next: Penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan dan langgar penghadang jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.