Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Ladang sawit Kampung Kupang terbakar, operasi diteruskan esok
  • KEBAKARAN

Ladang sawit Kampung Kupang terbakar, operasi diteruskan esok

Utusan Sarawak 19 hours ago
KEBAKARAN melibatkan kawasan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 20 hektar dilaporkan berlaku di Skim C, Ladang Sawit Kampung Kupang hari ini. Foto: PGO Bomba Sarawak


SARATOK: Kebakaran melibatkan kawasan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 20 hektar dilaporkan berlaku di Skim C, Ladang Sawit Kampung Kupang dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.05 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK II Ghazali Shaffiee, tiba di lokasi pada 5.54 petang selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 55 kilometer.

Setibanya di lokasi, pasukan operasi mengesahkan berlaku kebakaran yang melibatkan kawasan ladang sawit di Skim C Kampung Kupang dengan anggaran keluasan terbakar sekitar 20 hektar.

Bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak, komander operasi mengarahkan anggota memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap serta menggunakan pam angkut GP 10/10.

Operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki yang disambungkan ke sumber air terbuka berhampiran kawasan kejadian.

Seramai empat anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux milik BBP Saratok.

Turut membantu di lokasi ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung yang memberikan kerjasama sepanjang operasi dijalankan.

Bagaimanapun, operasi pemadaman terpaksa ditangguhkan pada 7.06 malam berikutan keadaan yang semakin gelap dan faktor keselamatan anggota di lapangan.

Menurut JBPM Sarawak, operasi pemadaman akan disambung semula pada keesokan hari bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dapur rumah musnah terbakar di Kampung Sungai Dalam
Next: Stor barangan runcit musnah dalam kebakaran awal pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.