Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Madonna pukau peminat menerusi konsert mengejut di New York
  • HIBURAN

Madonna pukau peminat menerusi konsert mengejut di New York

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMUNCULAN Madonna secara mengejut di Times Square, New York.

NEW YORK, Amerika Syarikat: Penyanyi pop terkenal, Madonna, mencetuskan keterujaan ratusan peminat apabila muncul secara mengejut dalam sebuah konsert khas di Times Square, New York.

Penyanyi berusia 67 tahun yang dikenali menerusi lagu Material Girl itu tampil dengan busana korset merah jambu, coli biru, stoking paras paha dan cermin mata hitam berwarna biru pada malam Khamis bagi mempromosikan album terbaharunya, Confessions II, di samping meraikan permulaan Bulan Pride.

Peminat hanya diberikan notis singkat untuk hadir ke dataran ikonik di Manhattan bagi menyaksikan persembahan spontan selama 15 minit itu yang ditaja oleh laman temu janji komuniti gay, Grindr, yang turut menyiarkannya secara langsung.

Beraksi dari pentas yang dibina dalam salah satu paparan LED gergasi di Times Square, Madonna menyampaikan enam lagu, termasuk Hung Up, Get Together dan I Love New York daripada album Confessions on a Dance Floor yang diterbitkan pada 2005.

Beliau turut mempersembahkan lagu I Feel So Free, Bring Your Love dan Love Sensation daripada album studio ke-15 miliknya yang dijadual dilancarkan pada 3 Julai.

Madonna, bersama penyanyi Colombia, Shakira, serta kumpulan K-pop terkenal, BTS, akan menjadi artis utama dalam persembahan separuh masa ala Super Bowl sempena perlawanan akhir Piala Dunia pada 19 Julai di Stadium MetLife, New Jersey. — AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Malaysia Fair 2026 ketengahkan keunggulan sektor kesihatan, palancongan dan pendidikan, Siti Nurhaliza seri majlis perasmian
Next: Didikan Sharifah Aini bentuk Shiha Zikir jadi wanita kental

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.