Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngabang Gawai perkukuh perpaduan, Gira santuni rakyat empat hari berturut-turut
  • Tengah
  • WILAYAH

Ngabang Gawai perkukuh perpaduan, Gira santuni rakyat empat hari berturut-turut

Utusan Sarawak 5 hours ago
IR. Christopher Gira Sambang hadir pada Program Ngabang Gawai Dayak 2026 di sekitar kawasan DUN Tamin dan Selangau. Foto: ADUN Tamin

SELANGAU: Semangat perpaduan dan kebersamaan yang menjadi tunjang sambutan Hari Gawai Dayak terus diperkasakan menerusi siri Program Ngabang Gawai Dayak 2026 yang dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang di kawasan DUN Tamin dan Selangau.

Program yang berlangsung selama empat hari bermula 1 hingga 4 Jun itu menyaksikan beliau turun padang menyantuni masyarakat pelbagai lapisan dalam suasana penuh mesra dan harmoni sempena perayaan Hari Gawai Dayak.

Sepanjang program berkenaan, Gira mengunjungi pelbagai rumah panjang, kediaman pemimpin masyarakat serta menghadiri beberapa majlis komuniti bagi meraikan sambutan Gawai bersama penduduk setempat.

IR. Christopher Gira Sambang hadir pada Program Ngabang Gawai Dayak 2026 di sekitar kawasan DUN Tamin dan Selangau. Foto: ADUN Tamin

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk Rumah Panjang Tuai Rumah Una di Nanga Duat, Rumah Panjang Tuai Rumah Gerinsa di Sungai Sebaya, Rumah Panjang Penghulu Bansa di Dangih Oya, Sekuau dan Rumah Panjang Penghulu Ngalai Asom di Sekuau.

Beliau turut melawat Rumah Panjang Penghulu Surang di Nanga Tajam, Rumah Panjang Penghulu Julia di Batu 36 Tamin, kediaman Penghulu Christopher Chat di Jalan Dijih serta kediaman Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dijih.

Kunjungan itu diteruskan ke Rumah Panjang Penghulu Busang di Selangau, Rumah Panjang Dato Sidi di Bukit Keladan, Jalan Mukah dan kediaman Penghulu Thomas Jawa di Lasu, Pelugau yang menjadi antara lokasi utama program tersebut.

Selain jadual lawatan yang telah dirancang lebih awal, Gira turut memenuhi beberapa jemputan tambahan daripada masyarakat setempat dengan mengunjungi kediaman Henry Medan di Jalan Stapang serta Rumah Panjang Tuai Rumah Rantai Ugak di Sekuau.

Dalam siri lawatan berkenaan, beliau juga menghadiri Majlis Kawin Jeluie di Rumah Panjang Tuai Rumah Simond di Ulu Dijih dan Majlis Mangkong Tiang di Rumah Panjang Tuai Rumah Anthony Amit di Sungai Buloh, Selangau.

Menurut Gira, Hari Gawai bukan sekadar perayaan tahunan masyarakat Dayak, malah menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi.

“Hari Gawai merupakan masa yang amat bermakna untuk kita berkumpul sebagai satu keluarga besar. Saya amat menghargai setiap jemputan yang diterima dan berusaha untuk bersama-sama rakyat selagi keadaan mengizinkan.

“Inilah peluang terbaik untuk mendengar sendiri pandangan rakyat serta mengeratkan hubungan yang telah sekian lama terjalin,” katanya dalam ucapan sepanjang program tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa tradisi ngabang yang diwarisi turun-temurun perlu terus dipelihara kerana ia memainkan peranan penting dalam menyemai semangat perpaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Program Ngabang Gawai Dayak 2026 itu sekali lagi membuktikan semangat muafakat dan kebersamaan yang terus subur dalam kalangan masyarakat di DUN Tamin dan Selangau, selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat serta memperkasakan pembangunan komuniti secara inklusif. 

Turut mengiringi beliau sepanjang program berkenaan ialah Senator Rita Sarimah Patrick Insol, Pegawai Daerah Selangau Yalin Assan, penghulu-penghulu, kaunselor-kaunselor, tuai-tuai rumah serta pemimpin masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ular sawa batik 4.5 meter ‘lepak’ tepi rumah burung berjaya ditangkap APM
Next: Ribuan hadir Rumah Terbuka Gawai Bukit Saban, perpaduan Sarawak terus diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.