Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta jatuh gaung, lelaki cedera di Jalan Sebeliau
  • KEMALANGAN

Kereta jatuh gaung, lelaki cedera di Jalan Sebeliau

Utusan Sarawak 4 hours ago
KERETA jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun terlibat dalam kemalangan kendiri lalu terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sebeliau, dalam kejadian petang semalam. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri lalu terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sebeliau, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut daripada seorang orang awam pada 5.50 petang.

KERETA jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun terlibat dalam kemalangan kendiri lalu terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sebeliau, dalam kejadian petang semalam. Foto: APM Lubok Antu

Bertindak atas maklumat, sepasukan empat anggota My ASPA-O Alpha bersama logistik ambulans pacuan empat roda segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 29 kilometer dari pusat kawalan operasi.

Sebaik tiba di lokasi pada 6.15 petang, pasukan penyelamat mendapati sebuah kenderaan telah terbabas ke dalam gaung dan segera melakukan pemeriksaan ke atas mangsa yang berada di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 51 tahun mengalami kecederaan akibat impak kemalangan tersebut.

KERETA jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun terlibat dalam kemalangan kendiri lalu terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sebeliau, dalam kejadian petang semalam. Foto: APM Lubok Antu

Mangsa dilaporkan mengadu sakit di bahagian bahu sebelah kanan, leher bahagian belakang, dada sebelah kiri serta mengalami luka kecil di bahagian kaki kanan.

Pasukan APM kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Merindun menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut dan diserahkan kepada pihak perubatan pada 6.28 petang.

Dalam pada itu, pihak APM turut mengingatkan orang awam yang berada di lokasi agar segera menghubungi talian kecemasan sekiranya memerlukan bantuan segera pada masa akan datang bagi memastikan tindakan menyelamat dapat diambil dengan pantas.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.