Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Spurs tandatangani bekas pertahanan Liverpool, Robertson
  • SUKAN

Spurs tandatangani bekas pertahanan Liverpool, Robertson

Utusan Sarawak 4 hours ago
BEKAS pertahanan Liverpool, Andy Robertson secara rasmi akan menyertai Tottenham pada 1 Julai. Foto AFP

LONDON: Tottenham menandatangani bekas pertahanan Liverpool, Andy Robertson, melaui perpindahan percuma hari ini, sekali gus menamatkan tempoh sembilan tahun kapten Scotland itu di Anfield.

Robertson secara rasmi akan menyertai Tottenham secara percuma pada 1 Julai selepas kontraknya bersama Liverpool tamat.

Pemain berusia 32 tahun itu hampir meninggalkan Anfield untuk menyertai Tottenham pada Januari lalu, namun Liverpool akhirnya membatalkan urusan tersebut selepas gagal membawa pulang Kostas Tsimikas daripada tempoh pinjamannya di Roma.

Pengurus Tottenham, Roberto De Zerbi, dilantik selepas usaha mendapatkan Robertson sebelum ini gagal, namun beliau kini memberi lampu hijau kepada perpindahan pemain bek kiri itu ke utara London.

“Andy adalah pemain yang saya kagumi sejak beberapa tahun lalu dan dia akan membawa kualiti teknikal yang luar biasa, pengalaman, kepimpinan serta mentaliti yang hebat kepada pasukan kami,” kata De Zerbi.

“Dia merupakan seorang pemenang yang telah membuktikan kemampuannya di peringkat tertinggi dalam tempoh yang panjang dan mampu menjadi pemain penting untuk kami, sama ada di dalam mahupun di luar padang.”

Fokus utama Robertson ketika ini adalah mengetuai Scotland di Piala Dunia sebelum menyertai Tottenham menjelang permulaan musim domestik pada Ogos.

“Saya kini berada di Amerika untuk membuat persiapan menghadapi Piala Dunia, tetapi saya ingin menyampaikan mesej ringkas bahawa saya tidak sabar untuk bermain bersama anda semua,” kata Robertson menerusi rakaman video dari kem latihan Scotland.

“Saya tidak sabar untuk bertemu anda semua, bermain di stadium buat kali pertama di hadapan penyokong, dan saya sudah pun menantikan musim depan.”

Robertson akan bersaing dengan Destiny Udogie untuk merebut posisi bek kiri dalam kesebelasan utama De Zerbi.

“Pertama sekali, dia adalah seorang bek kiri yang luar biasa — antara yang terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris — dan seseorang yang akan memperkukuhkan skuad kami,” kata pengarah sukan Tottenham, Johan Lange.

“Selain itu, kualiti, perwatakan dan kepimpinannya jelas terserlah sepanjang kariernya yang menyaksikan beliau sentiasa bersaing untuk serta memenangi pelbagai kejuaraan utama.

“Profesionalisme dan komitmen Andy juga amat bernilai dalam membantu pembangunan skuad kami, dan dia berkongsi cita-cita serta keazaman kami untuk membawa kejayaan kembali kepada kelab ini.”

Robertson memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali, Piala Liga sebanyak dua kali dan Piala FA sekali sepanjang tempoh cemerlangnya bersama Liverpool. – AFP.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Next: FAM sangkal dakwaan gagal bentang laporan audit kewangan sejak 2016

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.