Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kerajaan jamin tiada fasiliti kesihatan ditutup termasuk Hospital Segamat – Dzulkefly
  • KESIHATAN

Kerajaan jamin tiada fasiliti kesihatan ditutup termasuk Hospital Segamat – Dzulkefly

Utusan Sarawak 15 hours ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa menyampaikan ucapan pada Penutup Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia 2026, hari ini.

MELAKA: Kerajaan memberikan jaminan tiada mana-mana fasiliti kesihatan ditutup di negara ini termasuk Hospital Segamat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata apa yang berlaku di hospital berkenaan adalah disebabkan tekanan perkhidmatan, justeru pihaknya mengaktifkan pengurusan krisis kluster bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

“… yang mana, kalau berlaku suasana seperti itu, (jumlah pesakit ramai) pesakit dalam kita akan terus rawat, manakala pesakit luar yang datang untuk dapat rawatan, kita akan rujuk mereka kepada fasiliti kesihatan terdekat.

“Tidak ada penutupan terhadap perkhidmatan, itu mustahak … kerana penjagaan pesakit ialah satu yang tidak boleh dikompromi dan hospital tidak tutup termasuklah (Jabatan) O&G sebagainya,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan 2026 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr Husnina Ibrahim.

Semalam, Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut@Ahmad dilapor menafikan dakwaan Hospital Segamat akan ditutup mulai 1 Julai ini, seperti yang tular menerusi media sosial.

Beliau dipetik sebagai berkata hospital berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang penutupan seperti didakwa.

Berhubung penularan malaria didakwa membabitkan warga asing di Terengganu, Dzulkefly berkata pihaknya melaksanakan beberapa strategi membabitkan pelbagai agensi bagi mengekang jangkitan.

Antaranya mewujudkan mekanisme amaran awal antara agensi bagi mengenal pasti kemasukan kumpulan migran dari kawasan endemik malaria, selain saringan malaria dalam kalangan warga asing secara bersepadu serta rawatan dan pengurusan pesakit malaria yang diterajui kesihatan awam.

Jabatan Kesihatan Terengganu semalam mengeluarkan amaran susulan peningkatan kes malaria dalam kalangan warga Rohingya di negeri itu. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai program derma darah Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.