Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
  • SUKAN

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal Malaysia di separuh akhir

Utusan Sarawak 4 hours ago
BEREGU lelaki negara Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei ketika menentang beregu lelaki Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada perlawanan akhir kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia 2026 selepas menewaskan pasangan India Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun dalam aksi suku akhir di Jakarta hari ini.

Pada perlawanan di Istora Senayan itu, pasangan ranking kelapan dunia berkenaan mendominasi perlawanan untuk melakar kemenangan 21-12, 21-10.

Ia merupakan pertemuan sulung Sze Fei-Nur Izzuddin menentang gandingan ranking ke-30 dunia itu. Di separuh akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual menentang sama ada pilihan utama kejohanan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae atau Taiwan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen.

Terdahulu, cabaran Malaysia dalam acara beregu wanita dan beregu campuran berakhir di Istora Senayan.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal melakar kemenangan ketiga berturut-turut ke atas pasangan Jepun Rui Hirokami-Sayaka Hobara apabila tewas 20-22, 16-21 pada aksi suku akhir.

Kekalahan itu merupakan yang pertama buat pasangan ranking kedua dunia tersebut selepas dua kemenangan terdahulu ke atas lawan sama di Terbuka China dan Terbuka Thailand tahun lepas.

Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang berada di ranking ke-12 dunia turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan pilihan keempat kejohanan dari Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue dalam pertarungan tiga set selama 70 minit.

Pasangan suami isteri itu memenangi set pertama 21-15 sebelum tewas 18-21 dan 20-22 pada dua set berikutnya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: JDT, Kuching City FC diundi dalam kumpulan berbeza bagi ACC 2026/2027
Next: Spurs tandatangani bekas pertahanan Liverpool, Robertson

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.