Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hafizh Syahrin optimis kekal cemerlang di Litar Motegi
  • SUKAN

Hafizh Syahrin optimis kekal cemerlang di Litar Motegi

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELUMBA motosikal negara, Hafizh Syahrin. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah menaruh keyakinan tinggi untuk mengekalkan rentak kemenangan pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Motegi, Jepun, minggu depan.

Beliau berkata, persediaan menghadapi saingan tersebut berada pada landasan tepat dengan tumpuan diberikan kepada program latihan serta penilaian terhadap jentera Ducati baharu yang diuji di Itali baru-baru ini.

“Ujian yang kami lakukan sangat positif. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki terutama dari segi elektronik, tetapi secara keseluruhan pengendalian jentera baharu lebih baik berbanding motosikal lama,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. 

PELUMBA motosikal negara, Hafizh Syahrin. Foto Bernama.

Sebagai rekod, Hafizh yang mewakili JDT Racing Team kini mengungguli carta keseluruhan kategori ASB1000 dengan kutipan 100 mata selepas dua pusingan.

Dalam pada itu, pelumba berusia 31 tahun itu berkata tidak berdepan sebarang masalah dalam proses penyesuaian dengan Ducati V4R memandangkan beliau pernah mengendalikan model V4S sebelum ini. 

Beliau berkata, perubahan ketara yang dirasai melibatkan prestasi enjin, sistem transmisi dan elektronik, namun sesi ujian bersama Barni Racing Team di Litar Cremona memberikan petanda positif menjelang baki musim ini.

Menyentuh cabaran di Motegi, Hafizh bertekad mengulangi kemenangan berganda yang dicatatnya sebelum ini selain mahu terus bersaing di kelompok hadapan meskipun dicabar beberapa pelumba ‘wildcard’ Jepun. 

Dalam perkembangan lain, Hafizh menyifatkan pemilihan beliau sebagai wakil Asia ke acara World Ducati Week di Misano, Itali sebagai satu pengiktirafan besar dalam kariernya.

Beliau berkata, peluang beraksi bersama-sama pelumba ternama Ducati termasuk Marc Marquez dan Francesco Bagnaia merupakan pengalaman yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

“Ini satu penghormatan besar. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan membawa nama Malaysia sebaik mungkin,” katanya. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Zi Yu-Noraqilah ada persamaan dengan Pearly-Thinaah – Khe Wei
Next: Diallo hadiahkan kemenangan mengejut Ivory Coast ke atas Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.