Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jason Mraz kembali ke Malaysia 31 Oktober depan
  • HIBURAN

Jason Mraz kembali ke Malaysia 31 Oktober depan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KONSERT Jelajah Asia Jason Mraz 2026.

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun mengadakan persembahan di Malaysia, penyanyi dan penulis lagu Jason Mraz bakal mengubat kerinduan peminat menerusi konsert Jelajah Asia Jason Mraz 2026 berlangsung di Kuala Lumpur. Konsert Jason akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 31 Oktober.

Lebih dua dekad selepas memulakan kerjayanya dalam industri muzik, karya-karya penyanyi berusia 49 tahun itu terus mendapat tempat dalam kalangan pendengar pelbagai generasi, sekali gus menjadikan beliau antara artis antarabangsa yang berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam landskap muzik yang sentiasa berubah.

Lagu seperti “I’m Yours”, “Lucky” dan “I Won’t Give Up” yang dilancarkan pada 2008, 2009 dan 2012 kekal sebagai antara karya paling dikenali dalam katalog muzik pop akustik antarabangsa.

Zues Event selaku penganjur acara dalam kenyataan memaklumkan konsert itu bakal membawa aura positif dan santai buat peminat yang menantikan kedatangan semula penyanyi berkenaan.

Pengarah Zues Event Jeffery Chin berkata kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan.

“Ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi dan keaslian,” katanya dalam kenyataan itu.

Penerima dua Anugerah Grammy itu memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan dan penyanyi di kafe sebelum mendapat kontrak rakaman yang membuka laluan kepada kerjaya muziknya, dan setakat ini menghasilkan sembilan album studio, termasuk album bertaraf platinum dan multiplatinum.


Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan. – Bernama

Tags: HIBURAN'

Continue Reading

Previous: ‘Papa Zola The Movie’ kembali ke pawagam mulai 11 Jun sempena Hari Bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.