Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem pengurusan RKKDAA Sri Aman mampu lahirkan modal insan berwibawa
  • Tengah
  • WILAYAH

Sistem pengurusan RKKDAA Sri Aman mampu lahirkan modal insan berwibawa

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa hadir pada Majlis Penyampaian Bakul Hadiah Perayaan sempena Hari Gawai Dayak yang berlangsung di RKKDAA Sri Aman, dekat sini semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pengurusan yang teratur dan sistematik di Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol (RKKDAA) Sri Aman mampu melahirkan modal insan yang berguna dan berwibawa untuk negara pada masa hadapan.

Keyakinan tersebut dizahirkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang optimis dengan corak didikan di institusi berkenaan.

Menurut beliau, setiap penghuni di pusat jagaan tersebut mempunyai potensi besar untuk berjaya sekiranya terus dibimbing dengan acuan keperibadian yang betul.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang percaya bahawa asuhan holistik yang diterapkan oleh pihak pengurusan akan membuahkan hasil dalam pembentukan karakter anak-anak tersebut.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Penyampaian Bakul Hadiah Perayaan sempena Hari Gawai Dayak yang berlangsung di RKKDAA Sri Aman, dekat sini semalam.

Majlis yang penuh dengan suasana kekeluargaan itu merupakan anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang.

Dalam majlis tersebut, seramai 34 orang penghuni RKKDAA telah ceria menerima sumbangan hampers masing-masing daripada pihak penganjur.

Sumbangan khas itu bertujuan menyantuni para penghuni, khususnya yang berketurunan Dayak yang tidak berkesempatan menyambut perayaan tersebut bersama keluarga tercinta.

Simbolik penyerahan bakul hadiah berkenaan telah disempurnakan bersama oleh Datuk Francis Harden Hollis dan Pengetua RKKDAA, Siti Rohaina Kipli.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Harden yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Simanggang merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Pergerakan Pemuda dan Wanita parti berkenaan atas inisiatif murni yang dilaksanakan.

Ujar beliau, program kebajikan seperti ini secara tidak langsung memperkasakan lagi aktiviti kemasyarakatan dan keprihatinan sayap-sayap parti berkenaan terhadap golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Siti Rohaina Kipli dalam ucapan aluannya menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan SUPP Cawangan Simanggang yang sudi berkongsi kegembiraan dan memeriahkan sambutan Hari Gawai Dayak bersama anak-anak jagaan mereka dalam suasana yang cukup bermakna.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Acara ‘makai serumpu’ di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.