Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA larang penyokong bawa botol kosong ke stadium Piala Dunia
  • SUKAN

FIFA larang penyokong bawa botol kosong ke stadium Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
FIFA larang penyokong bawa botol kosong ke stadium Piala Dunia. Foto olahan AI

BERLIN: Di sebalik jangkaan suhu melebihi 30 darjah Celsius di Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan Mexico semasa Piala Dunia, penyokong tidak akan dibenarkan membawa botol air kosong ke dalam stadium, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Atas faktor keselamatan, badan induk bola sepak dunia FIFA telah meminda bahagian berkaitan dalam garis panduannya, yang kini menyatakan: “Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, botol air boleh guna semula tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium.”

Menurut laporan media, pemegang tiket telah pun dimaklumkan mengenai perubahan peraturan tersebut.

Larangan itu berkemungkinan besar akan menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengunjung, memandangkan peminat tidak lagi dapat mengisi semula botol kosong mereka di air pancut minuman atau mesin penapis air.

Sebelum ini, FIFA mengumumkan bahawa botol plastik kosong, lutsinar, dan boleh guna semula dengan kapasiti sehingga satu liter dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium.

Setakat ini masih belum jelas berapakah harga botol air yang akan dijual di stadium. Menurut portal berita The Athletic, vanue perlawanan mengenakan caj antara AS$4 dan AS$6 untuk sebotol air semasa Piala Dunia Kelab tahun lepas.

Pakar telah berulang kali memberi amaran bahawa jangkaan suhu tinggi boleh mendatangkan risiko kepada penyokong dan pemain. FIFA telah memperkenalkan rehat hidrasi selama tiga minit pada setiap separuh masa perlawanan sepanjang kejohanan itu. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: AFC syor pengurusan Harimau Malaya dikembalikan kepada FAM
Next: Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik tumbang di pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.