Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Institut Kesihatan Finland gesa larang jualan minuman tenaga kepada bawah 18 tahun
  • GLOBAL

Institut Kesihatan Finland gesa larang jualan minuman tenaga kepada bawah 18 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

ISTANBUL: Institut Kesihatan dan Kebajikan Finland hari ini menggesa larangan penjualan minuman tenaga kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik penyiar awam Yle.

Institut itu menggesa larangan tersebut selepas mendapati hampir tujuh daripada 10 individu berusia 12 hingga 20 tahun mengambil minuman tenaga pada waktu tertentu.

Menurut institut itu, kebanyakan daripada mereka berasa bergantung kepada minuman tenaga, dengan ramai dalam kumpulan umur sama menyatakan mereka mengambilnya untuk kekal berjaga atau berasa lebih segar.

“Pengambilan yang tinggi, terutama pada waktu malam, boleh memberi kesan sebaliknya. Ia boleh menyebabkan gangguan tidur dan meningkatkan rasa letih,” kata Pengarah Penyelidikan Sari Niinisto dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa sebahagian individu berusia 12 hingga 20 tahun menggantikan sarapan pagi dan makan tengah hari di sekolah dengan minuman tenaga, satu tabiat yang boleh menjejaskan tahap tenaga serta mengganggu tumpuan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Warga Australia miliki 59 ml ganja ‘perubatan’ ditahan di Indonesia
Next: Lapan mayat ditemukan dalam guni di luar bandar Ecuador

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.