Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 25 cedera dalam tunjuk perasaan pelajar di Chile
  • GLOBAL

25 cedera dalam tunjuk perasaan pelajar di Chile

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANTARA pelajar yang mengikuti tunjuk perasaan terhadap terhadap dasar penjimatan Presiden Chile Jose Antonio Kast di Chile. Foto: AGENSI

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 25 pelajar termasuk 12 pegawai polis, cedera dalam pertembungan antara pelajar dan pasukan keselamatan semasa protes terhadap dasar penjimatan Presiden Chile Jose Antonio Kast, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan semalam.

Ribuan pelajar berkumpul di pusat bandar Santiago untuk tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Konfederasi Pelajar Chile, menurut laporan.

Keganasan tercetus apabila konfrontasi tercetus antara penunjuk perasaan dan polis, menyebabkan 25 pelajar cedera. Menurut pihak berkuasa, 12 yang cedera daripada mereka ialah pegawai polis.

Pemimpin pelajar mengkritik program pemotongan perbelanjaan kerajaan dan memberi amaran bahawa demonstrasi yang lebih besar boleh dianjurkan dalam beberapa bulan akan datang jika tuntutan mereka tidak ditangani.

Penunjuk perasaan juga merosakkan harta benda awam dengan membaling batu dan menggunakan kayu semasa kekacauan itu, lapor media tempatan.

SALAH seorang daripada pelajar mengalami kecederaan semasa tunjuk perasaan terhadap dasar penjimatan Presiden Chile Jose Antonio Kast di Chile. Foto: AGENSI

Beberapa stesen di laluan Metro Santiago tengah ditutup sementara waktu atas sebab keselamatan, manakala lalu lintas di beberapa bahagian ibu kota terjejas teruk.

Kast, seorang presiden konservatif yang memegang jawatan pada 11 Mac, berkempen dengan ikrar untuk mengurangkan kira-kira AS$6 bilion dalam perbelanjaan kerajaan bagi tempoh 18 bulan sebagai usaha mengukuhkan kewangan awam.

Sebagai sebahagian rancangan itu, kerajaan mengarahkan pengurangan belanjawan kira-kira 3.0 peratus di seluruh kementerian.

Pelajar, guru dan kesatuan pekerja berhujah bahawa sektor pendidikan telah menanggung beban pemotongan, memberi amaran bahawa pengurangan pembiayaan boleh menjejaskan sekolah, universiti dan kualiti perkhidmatan pendidikan. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapan ditahan dalam serbuan polis Australia ke atas sindiket dadah, senjata
Next: Pendaki Nepal ditemui hidup selepas enam hari hilang di Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.