Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP perlu terus bersama rakyat pertahankan Sarawak menjelang PRN
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP perlu terus bersama rakyat pertahankan Sarawak menjelang PRN

Utusan Sarawak 7 hours ago
UCAPAN… TIANG semasa berucap pada upacara menaikkan bendera sempena Ulang Tahun Ke-67 SUPP di Bangunan SUPP Sibu, Jalan Kampung Datu, hari ini.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu terus berpaksikan perjuangan rakyat dan memperkukuh peranan sebagai jambatan antara kerajaan dengan masyarakat bagi memastikan sokongan berterusan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang semakin hampir.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, perjuangan yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu sejak penubuhan SUPP pada 4 Jun 1959 mesti terus dipertahankan dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

Menurutnya, walaupun landskap politik dan masyarakat telah berubah sepanjang 67 tahun kewujudan parti itu, prinsip asas perjuangan SUPP tidak boleh diabaikan.

“Setiap ahli dan pemimpin parti perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa kita berkhidmat untuk rakyat, mengurus hal ehwal rakyat, memperjuangkan kepentingan rakyat dan mempertahankan kesejahteraan rakyat.

“Jika kita melupakan rakyat, mengutamakan kepentingan diri atau menjauhkan diri daripada rakyat, maka rakyat akhirnya akan meninggalkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara menaikkan bendera sempena Ulang Tahun Ke-67 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Bangunan SUPP Sibu, Jalan Kampung Datu, hari ini.

PERASMIAN… Dr Soon ketika melakukan upacara menaikkan bendera sempena Ulang Tahun Ke-67 SUPP di Bangunan SUPP Sibu, Jalan Kampung Datu, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu memberitahu, sejarah telah membuktikan bahawa tiada parti politik mampu bertahan lama tanpa sokongan rakyat kerana rakyat merupakan sumber kekuatan utama sesebuah parti.

Beliau berkata, SUPP hari ini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding sedekad lalu apabila parti itu kini mempunyai platform pentadbiran melalui penyertaan dalam kerajaan.

“Kedudukan yang dipegang oleh pemimpin SUPP termasuk Timbalan Premier, menteri, timbalan menteri, wakil rakyat dan kaunselor bukanlah simbol kemegahan, sebaliknya amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Dengan adanya kuasa dan platform ini, kita dapat menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat, melaksanakan lebih banyak projek pembangunan serta memperjuangkan lebih banyak hak dan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan tahun ini sebagai tempoh penting kerana PRN Sarawak semakin hampir dan bakal menentukan hala tuju masa depan negeri ini.

Menurutnya, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk terus mempertahankan hak Sarawak, memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memastikan hasil pembangunan negeri dinikmati rakyat.

Beliau menegaskan SUPP sebagai salah satu parti komponen utama GPS memikul tanggungjawab besar dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran Sarawak terus terpelihara.

Tiang turut menyeru seluruh anggota parti supaya mempergiat usaha mendekati rakyat, mendengar masalah mereka dan menjadi penghubung yang berkesan antara parti dengan masyarakat.

“67 tahun lalu para pengasas menubuhkan parti ini demi rakyat. Hari ini, kita juga mesti terus berjuang demi rakyat, mempertahankan GPS, mempertahankan Sarawak dan mempertahankan masa depan generasi akan datang,” tegasnya.

Turut hadir Penasihat Kehormat SUPP Cawangan Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Pengerusi SUPP Bukit Assek, Datuk Chieng Buong Toon, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tradisi kunjung-mengunjung perkukuh perpaduan kaum di Baram
Next: SUPP perkukuh persiapan menjelang PRN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.