Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Finland dakwa lelaki terlibat penderaan seksual 361 kanak-kanak dalam talian
  • GLOBAL

Finland dakwa lelaki terlibat penderaan seksual 361 kanak-kanak dalam talian

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

HELSINKI, Finland: Pendakwa raya Finland telah mendakwa seorang lelaki atas kesalahan penderaan seksual terhadap 361 kanak-kanak melalui media sosial, kata Pihak Berkuasa Pendakwaan Negara hari ini.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 2019 hingga 2022, dengan mangsa berusia antara sembilan hingga 15 tahun, menurut pihak berkuasa tersebut.

Polis Finland berkata pada Disember bahawa pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan mengesyaki seorang lelaki berusia 27 tahun terbabit dalam 364 kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Pihak berkuasa pendakwaan berkata hari ini bahawa pendakwa telah memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan bagi tiga daripada kes tersebut.

Ribuan video dan imej kanak-kanak tidak dikenali ditemui dalam telefon bimbit lelaki itu pada 2022, selepas polis memeriksa peranti berkenaan berkaitan satu kes jenayah lain, kata polis pada Disember.

Lelaki itu didakwa menghubungi kanak-kanak melalui platform Snapchat dan meminta mereka menghantar gambar atau video diri mereka dalam keadaan berpakaian sangat minimum atau tanpa pakaian.

Dia juga didakwa meminta mangsa melakukan perbuatan berunsur seksual, menurut polis.

Pertuduhan utama melibatkan penderaan seksual kanak-kanak yang berat, penderaan seksual kanak-kanak, serta pengedaran imej seksual yang melibatkan kanak-kanak, menurut pendakwa raya.

Lelaki berkenaan dilaporkan sebahagiannya mengakui kesalahan tersebut semasa siasatan.

Perbicaraan dijadualkan bermula pada September, kata pihak berkuasa pendakwaan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perancis kenakan denda 22 juta euro terhadap Shein atas pelanggaran hak pengguna
Next: Pendaki cedera parah diserang beruang di Slovakia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.