Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perancis kenakan denda 22 juta euro terhadap Shein atas pelanggaran hak pengguna
  • GLOBAL

Perancis kenakan denda 22 juta euro terhadap Shein atas pelanggaran hak pengguna

Utusan Sarawak 6 hours ago
KESELURUHAN denda yang dikenakan Perancis terhadap Shein lebih daripada 210 juta euro.

PARIS, Perancis: Pihak berkuasa Perancis hari ini berkata mereka telah mengenakan dua denda ke atas Shein berjumlah lebih 22 juta euro (AS$25.5 juta) susulan isu berkaitan kebolehkesanan produk, pelabelan alam sekitar dan tempoh penghantaran.

Penalti baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan Perancis terhadap gergasi fesyen Asia tersebut meningkat kepada lebih 210 juta euro.

Denda terbaru itu dikenakan oleh agensi perlindungan pengguna kerajaan, DGCCRF, susulan siasatan menyeluruh terhadap beberapa platform e-dagang, kebanyakannya berpangkalan di luar Eropah, termasuk Shein.

Denda pertama berjumlah 5.77 juta euro dikenakan terhadap Infinite Style Ecommerce Co Ltd (ISEL), yang mengendalikan jualan bagi pihak Shein.

DGCCRF menuduh Shein gagal mematuhi tempoh bertenang 14 hari yang diwajibkan bagi memberi peluang kepada pengguna untuk membatalkan pembelian tertentu.

Pengawal selia itu turut menuduh syarikat berkenaan gagal memaparkan maklumat kebolehkesanan yang diwajibkan, termasuk negara tempat pakaian itu ditenun, dicelup dan dihasilkan, serta tidak mendedahkan kewujudan mikroplastik dalam fabriknya.

Mikroplastik, yang kebanyakannya terdapat dalam poliester, dilepaskan ke dalam air setiap kali pakaian dicuci menggunakan mesin, sekali gus menimbulkan ancaman serius kepada alam sekitar.

Selain itu, agensi tersebut turut mengenakan denda sebanyak 16.73 juta euro ke atas subsidiari Shein, ISSL (Infinite Styles Services Limited), atas pelanggaran undang-undang pengguna.

Shein telah berdepan kritikan sejak memulakan operasinya di Perancis.

Syarikat itu sering dikritik oleh kumpulan aktivis dan ahli politik kerana didakwa menyebabkan pencemaran alam sekitar, mengamalkan persaingan tidak adil, menjual barangan yang tidak mematuhi peraturan asas, serta dikaitkan dengan keadaan kerja yang buruk di kilang-kilangnya di China.

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 3 lagi ditahan berhubung kes curi 423 juta yen di Tokyo
Next: Finland dakwa lelaki terlibat penderaan seksual 361 kanak-kanak dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.