Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bintang Bollywood gesa hentikan penggunaan gajah dalam filem
  • HIBURAN

Bintang Bollywood gesa hentikan penggunaan gajah dalam filem

Utusan Sarawak 4 hours ago
KUMPULAN hak haiwan sedang mempromosikan penggunaan gajah robotik sebagai ganti haiwan sebenar dalam festival keagamaan di kuil Hindu serta dalam industri Bollywood. Foto AFP

MUMBAI, India: Bintang Bollywood sedang berkempen untuk menamatkan penggunaan gajah dalam filem India dengan menyatakan bahawa replika robot bersaiz sebenar dan imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) mampu memainkan peranan yang sama tanpa melibatkan kekejaman terhadap haiwan.

Pengarah, penerbit dan pelakon terkenal telah menyokong kempen yang diterajui oleh Persatuan Pembelaan Haiwan India (PETA India), yang bulan ini menegaskan bahawa kemunculan imej AI yang semakin realistik menjadikan penggunaan haiwan sebenar semakin tidak diperlukan.

“Gajah tidak sepatutnya menderita demi hiburan kita,” kata pelakon dan penerbit terkenal, John Abraham, ketika menjelaskan sebab beliau bersama lebih dua dozen selebriti lain menyokong kempen tersebut.

“Dengan teknologi masa kini, kita boleh menghidupkan gajah dengan indah melalui CGI (computer-generated imagery atau imejan janaan komputer) dan seni mekanikal tanpa perlu mengurung atau menyeksa haiwan itu.”

Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), terdapat kurang daripada 50,000 ekor gajah Asia yang masih hidup di habitat liar, dengan majoritinya berada di India, manakala selebihnya terdapat di Sri Lanka dan Asia Tenggara.

Di India pula, dianggarkan terdapat lebih 2,600 ekor gajah dalam kurungan berdasarkan data Kementerian Alam Sekitar negara itu. Haiwan tersebut digunakan dalam sektor pelancongan, hiburan dan upacara keagamaan di kuil.

GAJAH liar di Guwahati, India pada 2024; terdapat kurang daripada 50,000 ekor gajah Asia di habitat liar, dengan majoritinya berada di India. Foto AFP

PETA memberitahu AFP bahawa gajah dalam kurungan sering “dipisahkan daripada keluarganya, hampir sentiasa dirantai dan dikawal menggunakan senjata”.

Di India, penggunaan gajah dalam filem memerlukan kelulusan daripadaLembaga Kebajikan Haiwan India.

Jumlah penggunaan gajah sebenar dalam industri perfileman menurun dengan ketara sejak badan itu mengeluarkan arahan pada 2021 yang menyatakan bahawa penggunaan kesan khas atau animatronik wajar diutamakan bagi “mengelakkan

kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu terhadap haiwan”.

Hidup Bebas

Kini, kempen PETA turut mengetengahkan bagaimana imej yang dijana AI, yang dipaparkan menerusi kempen media sosial bulan ini, mampu menghasilkan visual yang semakin menyerupai keadaan sebenar.

“Gajah ialah haiwan yang sangat bijak dan mempunyai emosi. Haiwan ini perlu hidup bebas di habitat hutan yang subur demi kesejahteraan mental dan fizikalnya,” kata pertubuhan itu.

“Sebaliknya, gajah yang digunakan dalam filem, persembahan dan iklan sering berdepan kesunyian yang melampau serta pelbagai bentuk kekejaman.”

Aktivis kebajikan haiwan turut merujuk penggunaan imej CGI oleh Richie Mehta dalam siri Poacher pada 2024, sebuah drama jenayah berbahasa Malayalam yang mengisahkan penyeludupan gading.

Mereka juga mengetengahkan penggunaan gajah robotik yang boleh menggerakkan telinga dalam persembahan tarian bagi iklan syarikat pakaian Ramraj Cotton.

Antara karya terkenal lain yang menggunakan CGI untuk menggambarkan gajah termasuk filem aksi sejarah Tanhaji: The Unsung Warrior (2020) dan filem adiwira Krrish (2006).

Keadaan ini berbeza dengan era terdahulu apabila filem popular seperti Haathi Mere Saathi (1971) menggunakan beberapa ekor gajah sebenar, bersama harimau dan singa, dalam adegan tarian.

Bulan lalu, filem berbahasa Malayalam Kattalan yang berkisahkan sindiket penyeludupan gading dilaporkan masih menggunakan gajah sebenar, menurut penerbitnya kepada media India. – AFP

Kumpulan hak haiwan sedang mempromosikan penggunaan gajah robotik menggantikan haiwan sebenar dalam festival keagamaan di kuil Hindu serta dalam industri Bollywood. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Karya kreatif mampu perkukuh perpaduan, raikan kepelbagaian
Next: Sunway Lagoon lancar Scream Park baharu, gabung cerita rakyat tempatan dan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.