Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat semarak semangat perpaduan penduduk
  • Selatan
  • WILAYAH

Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat semarak semangat perpaduan penduduk

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGANJURAN Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat 2026 yang berlangsung meriah selama dua hari, berakhir petang ini. Foto JKKK Kampung Niup Darat

KOTA SAMARAHAN: Semangat perpaduan, kerjasama dan muafakat dalam kalangan penduduk terus terserlah menerusi penganjuran Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat 2026 yang berlangsung meriah selama dua hari sejak semalam.

Karnival anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Niup Darat itu berjaya menghimpunkan penduduk daripada pelbagai lapisan umur dalam suasana penuh harmoni dan mesra.

Program tersebut bukan sahaja menjadi platform menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah berperanan mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan komuniti setempat.

Sebanyak 10 acara sukaneka dan sukan rakyat telah dipertandingkan sepanjang karnival berkenaan, termasuk futsal, badminton, sepak raga bulatan, boling buah kelapa, kerusi muzik, pertandingan mewarna dan lari dalam guni.

PENGANJURAN Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat 2026 yang berlangsung meriah selama dua hari, berakhir petang ini. Foto JKKK Kampung Niup Darat

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan penyertaan aktif daripada kanak-kanak, belia, wanita serta warga emas yang bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Ketua Kaum Kampung Niup Darat, Muhammad Radifan berkata kejayaan penganjuran karnival itu merupakan hasil kerjasama erat seluruh penduduk yang sentiasa mengamalkan budaya gotong-royong dan saling membantu.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang telah memberikan komitmen tinggi bagi memastikan setiap aktiviti berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Menurutnya, semangat perpaduan yang ditunjukkan sepanjang dua hari penganjuran membuktikan masyarakat kampung masih mengekalkan nilai kebersamaan yang menjadi asas kepada pembangunan komuniti yang harmoni.

“Saya amat berbangga melihat penyertaan yang begitu menggalakkan daripada semua peringkat masyarakat. 

“Karnival ini bukan sekadar acara sukan, tetapi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan penduduk,” katanya.

Sementara itu, majlis penangguhan rasmi karnival telah disempurnakan oleh Penghulu Kampung Niup, Mahdi Johan yang turut memuji komitmen serta kesungguhan penduduk dalam menjayakan program berkenaan.

Beliau berkata karnival seumpama itu penting sebagai wadah menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang, selain menjadi platform memperkukuh nilai hormat-menghormati serta toleransi.

Menurut beliau, kejayaan sesebuah kampung bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi turut bergantung kepada kekuatan perpaduan dan keharmonian masyarakat yang menjadi tunjang kestabilan komuniti.

Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat 2026 diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar kenangan, sekali gus menutup tirai program yang berjaya mencapai objektif memupuk budaya hidup sihat, mempererat hubungan penduduk dan memperkukuh semangat kemasyarakatan di kampung berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kru kapal warga China cedera di pergelangan tangan diselamatkan Maritim Malaysia
Next: RM30,000 diluluskan naik taraf replika gong Kampung Quop, jadi mercu tanda baharu Stakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.