Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Struktur kerjasama MPL MY tingkatkan kestabilan jangka panjang ekosistem e-sukan
  • SUKAN

Struktur kerjasama MPL MY tingkatkan kestabilan jangka panjang ekosistem e-sukan

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Pembangunan Perniagaan E-Sukan Malaysia di Moonton Games, Krystal Tan, bercakap kepada media pada sidang akhbar menjelang pusingan penentuan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) Musim 17 di Stadium Juara, hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Musim pertama era kerjasama dalam Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) memberikan pengajaran penting kepada liga itu dalam usahanya untuk terus memperkukuh ekosistem e-sukan negara.

Ketua Pembangunan Perniagaan E-Sukan Malaysia di Moonton Games Krystal Tan berkata pengajaran terbesar diperoleh daripada struktur baharu itu ialah mempelajari cara bekerjasama secara kolektif dengan kesemua lapan pasukan rakan kongsi bagi meningkatkan profil MPL MY dan e-sukan Malaysia di peringkat domestik serta antarabangsa.

Beliau berkata program kerjasama itu diperkenalkan bagi mewujudkan ekosistem yang lebih sihat dan stabil, di samping memastikan kesinambungan jangka panjang dalam arena permainan kompetitif tempatan.

“Pengajaran terbesar bagi kami adalah kerjasama sebenar dengan lapan pasukan itu dan bagaimana kami dapat menampilkan yang terbaik daripada Malaysia, MPL MY serta e-sukan negara kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

“Kesemua lapan pasukan itu sangat komited terhadap program kerjasama ini,” katanya pada sidang media menjelang aksi pusingan penentuan MPL MY Musim ke-17 di Stadium Juara di sini, hari ini.

LOKASI dan gelanggang utama bagi pusingan penentuan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) Musim 17 di Stadium Juara, hari ini. Foto: Bernama

Krystal berkata pasukan-pasukan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan struktur kerjasama baharu itu, khususnya format liga dua pusingan penuh yang menjadikan persaingan lebih sengit.

Beliau berkata pasukan-pasukan itu turut mengiktiraf pelaburan yang dilakukan oleh pengendali liga dalam aspek kualiti produksi, penyediaan tempat serta usaha promosi bagi meningkatkan lagi keterlihatan organisasi yang mengambil bahagian.

“Ideanya adalah untuk membangunkan kesemua lapan pasukan. Bukan sekadar MPL MY menjadi kuat, sebaliknya kami memerlukan kesemua lapan pasukan untuk bekerjasama dengan kami.

“Itulah sumbangan terbesar daripada lapan pasukan itu apabila mereka melihat kepentingan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ini,” katanya.

Krystal ketika mengulas mengenai aksi pusingan penentuan berkata musim ini istimewa kerana ia adalah edisi pertama yang menampilkan kesemua lapan pasukan rakan kongsi, dengan CelcomDigi Dream Stage menjadi destinasi kemuncak yang menyaksikan pasukan terbaik dinobatkan sebagai juara.

Beliau berkata acara itu turut diperluaskan menjadi pengalaman berkonsepkan festival dalam usaha menarik bukan sahaja peminat e-sukan, malah orang ramai secara keseluruhannya.

“Ia juga kali pertama kami menganjurkan festival di Stadium Juara. Kami menjangkakan para peminat akan dapat melihat aspek-aspek lain dalam e-sukan yang ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jawatan presiden kehormat tidak dimasukkan dalam cadangan statut FAM – AFC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.