Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut dalam nahas pesawat latihan tentera di Taiwan
  • GLOBAL

Dua maut dalam nahas pesawat latihan tentera di Taiwan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PESAWAT jenis T-34 itu terhempas pada 8.08 pagi (0008 GMT) di hujung utara landasan Pangkalan Udara Gangshan, di Kaohsiung, sebuah bandar pelabuhan di selatan pulau berkenaan, menurut kementerian itu.

TAIPEI, Taiwan: Sebuah pesawat latihan tentera Taiwan terhempas pada Selasa ketika menjalani latihan simulasi kegagalan enjin, mengorbankan kedua-dua juruterbang yang berada di dalam pesawat itu, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

Pesawat jenis T-34 itu terhempas pada 8.08 pagi (0008 GMT) di hujung utara landasan Pangkalan Udara Gangshan, di Kaohsiung, sebuah bandar pelabuhan di selatan pulau berkenaan, menurut kementerian itu.

Tentera Udara Taiwan telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat punca nahas tersebut. Kedua-dua juruterbang hanya dikenal pasti berdasarkan pangkat dan nama keluarga masing-masing, iaitu Leftenan Kolonel Lu dan Leftenan Kolonel Guo.

Seorang jurucakap Tentera Udara enggan mengulas lanjut ketika dihubungi AFP.

Pada Januari lalu, sebuah pesawat pejuang F-16 terhempas ke laut di perairan timur Taiwan ketika menjalani misi latihan rutin. Juruterbang pesawat itu dipercayai sempat keluar menggunakan kerusi lenting, namun sehingga kini masih belum ditemukan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribut tropika Jangmi, ribuan terputus bekalan elektrik, sembilan cedera
Next: Hanwha Aerospace gantung sebahagian operasi kilang Daejeon susulan letupan bawa maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.