Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gawai Dayak lambang perpaduan dan keharmonian masyarakat Sarawak – Mohamad Duri
  • Tengah
  • WILAYAH

Gawai Dayak lambang perpaduan dan keharmonian masyarakat Sarawak – Mohamad Duri

Utusan Sarawak 7 hours ago
MOHAMAD Duri semasa menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di Rumah Cessus Clay Nyangga di Sungai Engkabang Roban serta Rumah Amban Danis di Sungai Antu, Libas, Krian, semalam. Foto: ADUN Kalaka.

SARATOK: Sambutan Gawai Dayak bukan sahaja menjadi platform meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, malah turut mencerminkan semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sambutan perayaan itu memperlihatkan keharmonian masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam suasana saling menghormati dan bekerjasama.

Menurut beliau, tradisi ‘Ngabang’ yang diamalkan masyarakat Sarawak merupakan antara keunikan negeri ini kerana setiap perayaan diraikan secara bersama tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

MOHAMAD Duri semasa menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di Rumah Cessus Clay Nyangga di Sungai Engkabang Roban serta Rumah Amban Danis di Sungai Antu, Libas, Krian, semalam. Foto: ADUN Kalaka.

“Apa jua perayaan yang disambut, ia diraikan bersama oleh semua kaum. Inilah yang membuktikan Sarawak sebagai negeri yang paling harmoni,” katanya.

Beliau berkata, keharmonian kaum dan agama yang dinikmati rakyat Sarawak hari ini perlu terus dipelihara agar kestabilan sosial dan pembangunan negeri dapat diteruskan untuk manfaat semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di Rumah Cessus Clay Nyangga di Sungai Engkabang Roban serta Rumah Amban Danis di Sungai Antu, Libas, Krian, semalam.

MOHAMAD Duri semasa menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di Rumah Cessus Clay Nyangga di Sungai Engkabang Roban serta Rumah Amban Danis di Sungai Antu, Libas, Krian, semalam. Foto: ADUN Kalaka.

Mohamad Duri menambah, program rumah terbuka seperti itu memberi peluang kepada pemimpin untuk mendekati rakyat serta memahami keperluan dan aspirasi komuniti setempat.

Katanya, semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang sambutan Gawai Dayak membuktikan bahawa perpaduan menjadi kekuatan utama rakyat Sarawak dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Di Rumah Cessus Clay Nyangga, majlis turut dihadiri Pemanca Lim Guan Ann dan Kapitan Gan Eng Kie bersama keluarga bagi memeriahkan sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah.

Sementara itu, di Rumah Amban Danis, Mohamad turut diiringi Setiausaha PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad, Bendahari PBB Cawangan Kalaka Kaunselor Majid Amit Zainuddin serta Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan Kalaka, Harjam Jamain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Uma Pawe kini antara rumah panjang terbesar di Baram 
Next: Kru kapal warga China cedera di pergelangan tangan diselamatkan Maritim Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.