Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri sehingga 5.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran dikeluarkan pada 3.15 petang memaklumkan negeri terlibat ialah Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Di Selangor, cuaca itu diramal di Hulu Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah serta Rembau.

Bagi Pantai Timur, cuaca itu diramal melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selain Kuala Nerus serta Kuala Terengganu di Terengganu.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi) manakala di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengalaman wukuf di Arafah ibarat babak imbas kembali kehidupan – Jurey Latiff
Next: DUN Johor dibubar hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.