Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu tambang penerbangan mahal perlu diselesaikan menjelang Gawai akan datang – Abang Johari
  • TEMPATAN

Isu tambang penerbangan mahal perlu diselesaikan menjelang Gawai akan datang – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2026 di Kompleks UNIFOR.

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap isu tambang penerbangan yang sering menjadi rungutan rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan menjelang sambutan Hari Gawai pada masa hadapan menerusi operasi penuh syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata ketika ini AirBorneo masih berada dalam fasa peralihan, sekali gus menyebabkan beberapa aspek pengurusan penerbangan belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kerajaan negeri berharap tempoh persediaan yang lebih panjang sebelum musim perayaan akan membolehkan perancangan dibuat lebih awal bagi mengurangkan masalah tambang tinggi, sekali gus memudahkan rakyat Sarawak yang bekerja di luar negeri pulang ke kampung halaman.

“Kita harap tahun depan kita mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan persediaan sebelum Gawai dan musim perayaan lain untuk menangani isu tambang penerbangan. 

“Ini akan membolehkan mobiliti rakyat Sarawak yang bertugas di luar negeri pulang dan mereka yang bekerja di Sarawak kembali ke kampung masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2026 anjuran Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas, di Kompleks UNIFOR, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan meneliti kaedah yang sesuai termasuk pemberian subsidi bagi membantu mengurangkan harga tambang penerbangan pada musim perayaan akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyifatkan sambutan Hari Gawai tahun ini berlangsung meriah walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi semasa, selain menyambut baik pelbagai program kebudayaan yang dianjurkan sempena perayaan itu.

Beliau turut berkata promosi menerusi saluran televisyen dan platform digital membantu memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Sarawak kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa, di samping menghargai peranan media dalam menyemarakkan warisan budaya negeri.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Ngabang, rumah panjang dan lagu lama hidupkan memori Gawai generasi muda Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.