Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Gawai perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak
  • TEMPATAN

Hari Gawai perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 2 weeks ago
SELAMAT HARI GAWAI… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang menyambut perayaan tersebut.

LIMBANG: Sambutan Hari Gawai bukan sahaja menjadi simbol kesyukuran atas hasil tuaian, malah berperanan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, perayaan itu amat bermakna kepada masyarakat Dayak sebagai tanda kesyukuran, di samping menjadi wadah yang menyatukan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.

“Hari Gawai juga mengingatkan kita akan pentingnya menghargai warisan budaya, adat resam serta nilai-nilai murni yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu.

“Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, keamanan dan keberkatan bersama keluarga serta sanak saudara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak, khususnya di kawasan konstituensinya.

Menurut beliau, semangat muhibah dan toleransi yang dipupuk menerusi sambutan perayaan seperti Hari Gawai perlu terus dipelihara bagi memastikan keharmonian serta kesejahteraan rakyat Sarawak kekal terjamin.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teruskan semangat ‘Segulai Sejalai’ sempena Hari Gawai – Abang Johari
Next: BMW disita dalam Ops Aidiladha, Gawai 2026 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.