Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam operasi dadah di Jalan Trusan
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam operasi dadah di Jalan Trusan

Utusan Sarawak 2 hours ago
TANGKAPAN DADAH… Suspek yang ditahan dalam operasi polis di Jalan Trusan, Lawas kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Foto IPD Lawas

LAWAS: Dua lelaki tempatan ditahan polis dalam dua operasi berasingan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Jalan Trusan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, dalam tangkapan pertama pada 3.30 petang, lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di hadapan rumah di Jalan Trusan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu tiub straw yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek ditahan dan barang disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.30 gram dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

HASIL pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu tiub straw yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu. Foto IPD Lawas

Sementara itu, dalam operasi kedua pada hari yang sama kira-kira 3.40 petang, polis menahan lelaki tempatan berusia 22 tahun di belakang rumah di Jalan Trusan.

Suspek yang merupakan seorang penganggur disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas suspek tidak menemukan sebarang barang salah atau dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau pula mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Terpedaya janji untung segera, lelaki lesap RM511,406 di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.