
MAKKAH: Jemaah haji membanjiri Masjidil Haram hari ini bagi menunaikan tawaf wadak, sekali gus melengkapkan ibadah haji dan menyempurnakan Rukun Islam kelima, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya menyaksikan aliran pergerakan pejalan kaki yang teratur dan lancar hasil pelaksanaan model pengurusan orang ramai yang canggih serta laluan transit yang dirancang di kawasan mataf, saie dan koridor utama.
Selaras dengan sunah Nabi Muhammad SAW, tawaf wadak merupakan ibadah terakhir yang dilakukan sebelum meninggalkan Makkah.
Sejurus selesai melaksanakan tawaf itu, kumpulan jemaah antarabangsa mula berangkat pulang ke negara masing-masing, menandakan berakhirnya musim haji yang berlangsung secara aman, selamat dan terselaras. – Bernama