Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Permintaan ayam tua meningkat menjelang Hari Gawai Dayak
  • Tengah
  • WILAYAH

Permintaan ayam tua meningkat menjelang Hari Gawai Dayak

Utusan Sarawak 4 hours ago

SIBU: Permintaan terhadap ayam tua atau ayam pencen, bahan utama penyediaan manuk pansuh yang menjadi antara hidangan tradisional wajib sempena sambutan Hari Gawai Dayak, meningkat ketara di Pasar Sentral Sibu dengan jualan mencecah ratusan ekor sehari menjelang perayaan itu.

Tinjauan Bernama di Pasar Sentral Sibu hari ini mendapati gerai-gerai yang menjual ayam tua siap dibungkus dengan surat khabar menjadi tumpuan masyarakat Dayak yang membuat persiapan akhir menyambut Hari Gawai Dayak pada 1 Jun ini.

Selain mendapatkan ayam tua untuk dimasak sebagai manuk pansuh, pengunjung turut membeli pelbagai bahan mentah, sayur-sayuran, buah-buahan, hasil sungai seperti udang galah serta keperluan lain bagi persiapan perayaan.

Pasar Sentral Sibu, iaitu pasar basah berbumbung terbesar di negara ini, menempatkan lebih 1,100 gerai jualan dan menjadi pusat sehenti bagi penduduk mendapatkan keperluan harian serta persiapan musim perayaan.

Manuk pansuh ialah hidangan tradisional masyarakat Dayak, khususnya etnik Iban dan Bidayuh, yang menggunakan ayam diperap bersama rempah seperti serai, halia, bawang putih, bawang merah, bunga kantan dan daun kesum sebelum dimasak dalam buluh.

Seorang peniaga, Karen Mina yang telah lebih 20 tahun berniaga di pasar itu berkata berdasarkan pengalaman, jualan ayam tua biasanya memuncak dalam tempoh dua hari terakhir sebelum Gawai dengan permintaan mencecah sekitar 300 ekor sehari.

“Seawal pagi saya sudah berada di sini untuk membungkus dan menyusun ayam yang akan dijual. Pelanggan bukan sahaja dari sekitar Sibu, malah dari Sibu Jaya dan Kanowit,” katanya.

Beliau berkata ayam tua itu diperoleh daripada ladang ayam penelur di Sibu dan dijual pada harga antara RM16 hingga RM25 seekor bergantung kepada saiz.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Angelina Mau berkata beliau dan rakannya menjual sekitar 100 ekor ayam tua sehari sejak beberapa hari lepas dan jualan dijangka meningkat sehingga 200 ekor sehari pada saat akhir menjelang perayaan.

Beliau berkata ayam tua yang siap dibungkus dijual pada harga antara RM20 hingga RM25 seekor bergantung kepada saiz manakala gerai mereka beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Warisan miring terus dipelihara menjelang Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.